Bismillah hirrahman nirrahim . . . .
Lesson hari ni ak blaja dalam tv je..itu lah gunanya t..bukan takan tengok bende2 'lara' je tapi kita buat kesimpulan dengan semua yang kita tengok tu..kalau tak paham tanya pakar ye..hehe..
Okelah, dteruskan cerita ini, tadi pagi ak tengok lah cerita Oprah Winfrey's Show tu kan.. macam yang kita tau, si Oprah ni suka sangat tentang sosial, keadaan persekitaran ni.. bagusnya dia 'care' tentang alam sejagat ni..dalam bab ni memang kita patut contohi dia..kan3..
Tadi ak tengok cerita tentang kanak-kanak yang terabai, pengabaian kanak-kanak. Dia cerita tentang seorang budak Florida, nama Dianelle berusia 6 tahun telah diabaikan oleh ibunya.. (apa yang ak perhatikan, mak dia macam psycho je..)huhu
Budak perempuan ni disedari kewujudannya bila jiran diorang ni ternampak seorang budak perempuan menyelak langsir dalam rumah tu.. dipendekkan cerita, polis pon datang 'check' pastu polis ni jumpalah seorang budak perempuan yang dalam keadaan sungguh menyedihkan.. korang nak tau camne keadaan dia? (mcm ak lak nengoknye..ehehe)
Pacik polis tu kata, Dianelle berada dalam 1 bilik yang serabai, tak terurus, ada tilam tapi tilam tu dah rosak (besi n spring dah terkeluar), banyak lipas dan keadaan fizikal Dianelle sungguh menyedihkan. Mata Dianelle cengkuk, kurus kering dan masih pakai lampin yang dah lama tak disalin.. sila bayangkan..~ huhu
Maka, setelah doktor psikiatrik, doktor psikologi kanak-kanak, agensi sosial, peguam dan lain-lain yg berkaitan dengan masalah pengabaian kanak-kanak ni selidik tentang masalah kehidupan Dianelle ni, diorang barulah tau si Dianelle ni tidak mengalami perkembangan dalam tumbesaran dia..maksud ak, dia tak didedahkan dengan rangsangan persekitaran yang sepatutnya.
" Dia kanak-kanak berumur 6 tahun tetapi bertingkahlaku seperti setahun!"
Korang bayangkan budak yang sepatutnya berfikiran n bertingkahlaku seperti umur 6 tahun tapi realitinya dia memberikan reaksi kepada anda seperti berumur setahun..!!
Dianelle tak pandai bercakap, tak paham dengan rangsangan yang diberikan, tak reti nak bergaul, tak boleh nak bertentang mata dengan orang lain dan sebagainya..!! perghh.. imagine that..!! aku sendirik menangis kot tengok kezaliman macam ni...kesian budak ni...huhu
Untuk info lebih lanjut, search je ni :
http://www.oprah.com/relationships/Extreme-Cases-of-Child-Neglect-Danielles-Story
Untung kita dapat mak ayah, kawan-kawan, atok nenek, adek bradek dan persekitaran yang mengembangkan otak dan tumbesaran kita. Kadang-kadang kita tak mensyukuri dengan keadaa kita sekarang... kita tak fikir, ada yang lebih teruk dari kita, ada yang dilakukan seperti binatang jugak..nauzubillah...huhu
Bersyukur dengan apa yang dimiliki..~
Sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan