Apa tingkahlaku prososial ni? tingkahlaku negatifkah? atau positif? haa...mai Cik Hami nak bagitau...
(sebenarnya ak nak refresh nota2 dalam memori ni, makanya ak ingat lebih baik ak kongsi dengan korang..kan3..) hehe
Tingkahlaku prososial ni maksudnya t/laku yang merujuk kpd menolong, memberi dan mengambil berat thadap seseorang tanpa didorong oleh kepentingan diri sendiri. Maknanya disini, t/laku ni positif la, membantu org lain tanpa inginkan balasan. Contoh macam sukarelawan la, tak minta apa-apa lepas tolong, semua tu adalah untuk mendapatkan kepuasan dalaman..haa, gituw..~
Dalam t/laku prososial ni, ada 2 konsep iaitu alturisme n hedonisme.. apa ni..??
Alturisme ; sifat @ t/laku yg ingin membantu dan tidak pentingkan diri sendiri. Dia tak mengharapkan balasan dan ikhlas.
Hedonisme ; t/laku yang berunsurkan kpd kepentingan diri sendiri. Kalau dia tolong org lain, dia mesti dapat ganjaran (kenikmatan utk diri sendiri). Kira ambil kesempatan thadap kesusahan org lain la ni..
Haritu lecterur ak ada tanya, kenapa seseorang itu lebih bertingkahlaku langsang (t/laku negatif seperti menyakitkan org lain, mlakukan jenayah, mlakukan serangan seksual, vendalisme dll) dan apa faktor utama dia bertingkahlaku sedemikian?
Jawab punya jawab, sehabuk tak sebetul..hehe.. Jawapannya, sebab masa dia kecik-kecik, dia tak cukup kasih sayang, itu pasai la dia sering bertingkahlaku langsang.. Sebab? Dia kekurangan sifat kemanusiaan. Sebagai contoh la kan, Zack, 5 tahun sering melihat parent dia bertekak, bapaknya asyik pukul maknya saja, tak kira la depan Zack ke ape ke kan... Dah tu, Zack juga sering dipukul oleh ayahnya dsebabkan benda temeh je..(cian Zack..) Bila Zack masuk sekolah rendah, dalam sekolah tu, dia lah 'tekong' budak-budak nakal. Zack sering melakukan vendalisme, tak dengar cakap cikgu, melepak dll.
Makanya disini dapat dsimpulkan, si anak, Zack ni akan mempraktikkan @ meluahkan segala apa yg dpelajarinya drumah apabila dia terasa bebas dari jagaan ayahnya...
Siapa yang bertingkahlaku prososial? haaa...ada je ciri-ciri individu yg btingkahlaku prososial..
1) Faktor personaliti
Faktor ketinggian, saiz individu amat mempengaruhi t/laku ni. Kajian mengatakan individu yg lebih tinggi, lebih berat dan mmpunyai kemahiran ttentu lebih terdorong membantu org lain (terutama lelaki gagah gituww..~)
2)Mood
Mood yg bahagia, gembira n tenang akan mdorong kita utk mbantu org lain. Yelah, kalau mood takde, konpemnya tak layan permintaan org kann...Kalau mood baik je, minta lah tolong pape pon, insyaallah akan dbantunya,kann..~
3) Simpati dan Empati
Individu tsebut mpunyai simpati dan empati yg tinggi.. dia boleh rasai kesusahan yg d'alami oleh org lain lantas mbantu or tsbt...
4) Perasaan bersalah
Dalam teori pertukaran, perasaan bsalah tjadi apabila kita lebih banyak menerima drpd memberi, n akibatkan diri kita berasa bersalah.. makanya, kita akan cuba mbantu org yg memerlukan pertolongan.
Kesimpulan disini, tingkahlaku prososial sangat bagus untuk diri kita dan juga orang lain. Dengan btingkahlaku prososial ni, kita boleh dapat ramai kawan, hidup pon tenang dan insyaallah bila kita susah pulak, pasti ada pulak yg mbantu kita kan.. Allah dah janji dah, siapa buat baik, akan dibalas dengan kebaikan dan jugak sebaliknya...
Sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan