tadi aku ada amik test dalam inventori gaya bercinta ni..hehehe... tu lah, senior aku paksa kot. dia panggil aku jauh lagi..hehehe.. tapi takpe, kurang-kurang dia ingat aku kan3...hehe
Okey, sekarang biar aku bagitau apa yang aku belajar dalam inventori ni. Dalam test ni, individu tu kena jawab beberapa soalan n lepas dah penuh semua jawapan akan dikira n kami akan tengok yang mana majoriti makanya yang tu adalah gaya bercinta individu tersebut.. Ada enam jenis gaya bercinta iaitu ;-
1) CINTA PERSAHABATAN - STORAGE
Individu dalam gaya ni taley bercinta sesuka hati je...dia punya stail, kena kenal dulu baru ley bersahabat dan bercinta. Lazimnya individu dalam gaya ni akan ada persamaan hobi atau apa-apa aje ngan pasangan dia, n mungkin sebab tu sangkut kot..hehe
Cinta pada individu ni jugak tak datang secara mendadak, cinta dia datang perlahan-lahan...yalah, sesi perkenalan lah katakan..hehe... so pencinta ni akan mengambil masa yang lama untuk menyintai seseorang itu, oke?
2) CINTA ROMANTIS - EROS
Individu dalam stail ni lebih kepada tarikan fizikal yang kuat dalam pertemuan pertama dengan pasangannya...individu ni jugak fikir Cinta ni sesuatu yang sangat tinggi nilainya, kira darjat Cinta ni tinggi lah...dan mereka ni jugak lazimnya lebih cenderung untuk mewujudkan satu identiti dengan pasangannya. Contohnya lah, kan sekarang ni banyak stail baju yang untuk couple makanya individu dalam gaya percintaan ni lazimnya akan membeli baju couple ni then pakai dengan pasangannya...waahhhh...~
Lazimnya, tarikan dan pengaruh sosial yang akan menyebabkan pengamal stail ni tertarik untuk melakukan hubungan dengan seseorang tersebut.
3) CINTA PERMAINAN - LUDUS
Kesimpulan kepada pengamal stail ni adalah CINTA PALSU lah..hehe..
Hubungan mereka dengan pasangannya lebih bersifat main-main dan tidak serius dan tidak mempunyai rancangan untuk jangka masa yang lama (senang kata nak jadi pasangan sampai ke tua tu takde laa...)... pengamal ni juga umumnya memiliki lebih daripada satu pasangan...(dah nama pon main-main kann...)hoho..
4) CINTA LOGIKAL - PRAGMA
Sebab pe wujudnya orang kahwin lambat..?? haa...mungkin individu tu tergolong dalam stail cinta ni..mereka ni lebih cenderung nak pasangan yang Mr. or Ms. Perfect...!! bahaya tu beb..mana ada orang sempurna kan...hohoho..
pasangan dia lazimnya mesti ada ciri-ciri yang dia nak..huhu...(payah weiii..~)
Mereka ni jugak sanggup tangguh perasaan cinta sebab mereka nak konpemkan betul-betul dulu adakah itu pasangan yang terbaik untuk mereka dan kemungkinan dia sanggup berpisah sebab nampak ada lagi baik plus power plus bagus lagi dari sebelum ni..perghhh..~
5) CINTA PENGORBANAN - AGAPE
Individu dalam stail cinta ni lebih kepada membantu pasangannya dan melakukan yang terbaik untuk pasangannya. Mereka ni sanggup menderita sebab nak bagi pasangan mereka bahagia. Mereka juga sanggup ketepikan cita-cita atau hobi atau minat atau apa-apa saja yang disukainya demi cintanya kepada pasangan..(perghh..cam novel la plak...hehe)...
Bagusnya individu dalam gaya bercinta ni, mereka ni penyabar...baguslah bab ni tapi itulah sanggup bahagiakan pasangan tanpa mengira kebahagiaan diri sendiri tak bagus gak snanye untuk diri sendiri... Mereka dalam golongan ni jugak biasanya akan bersikap terbuka dalam pemilihan pasangan untuk bercinta sebab kemungkinan mereka ni banyak bersabar kot..hehe
6) CINTA KEPUNYAAN - MANIA
haa...yang ni sapa dapat individu macam ni memang parak lah...hohoho... Mereka ni adalah pengamal cinta yang memiliki sifat cemburu yang kuat kepada pasangannya...sebabnya mereka ni asyik nak berkepit dengan pasangannya sahaja... dah tak fikir benda lain dah kot...hehe
Bagusnya individu ni, mereka nak melakukan segala-gala urusan atau aktiviti bersama-sama pasangannya...haha...jap2, bagus ke tu..??ehehe... Mereka juga lebih bersifat mengongkong, perasaan ingin tahu yang mendalam terhadap setiap pergerakan dan aktiviti pasangannya dan sebagainya yang bersifat ingin berkepit..hehe.. Kesimpulannya, mereka ni akan menjadi beban kepada pasangannya dan orang sekeliling yang melihat dan mendengarnya kerana mereka lebih bersifat mementingkan diri sendiri tanpa mengira keselesaan pasangan dan alam sekitar.
Setelah korang membaca gaya-gaya bercinta tersebut, agak-agak korang dibahagian mana..??hehe..anda jawablah sendiri yer...
Aku pon dah jawap soalan tentang inventori ni makanya aku dah tahu stail apa ak bercinta... Kalau korang nak soalan tentang inventori ni, bagitau lah ea..nanti episod akan datang aku buh la...tapi ada syaratlaaa....hehe...tu pon kalau ramai nak soalan inventori ni, baru aku buh dalam blog aku, oke? ^^
Apa-apa pon kita mesti ingat semua orang ada kelemahannya, kita kena sentiasa jujur dengan pasangan kita. Kalau benda yang dilakukannya tu cam ase akan menganggu hubungan kita, lebih baik kita berterus-terang saja... yalah, untuk kepentingan bersama jugak kan... dia pon bertambah baik, kita pon bertambah selesa kannn..hehe...
Akhir kalam, hargai diri anda dan pasangan anda....
Sekian..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan