Sabtu, 10 Julai 2010

Apa itu Cantik ...?

Definisi Cantik ada banyak. Bergantung dengan masyarakat tersebut dan seseorang individu itu. Kdang-kadang yang kita nampak huduh n semacam ganjil tu la ada orang kata Cantik..

1. Menurut Masyarakat Jepun

kalau kat sini, diorang lebih terangsang mengatakan Cantik itu adalah berkaitan dengan kulit dan rambut diorang. Bagi mereka, kulit yang gebu molek, licin, takde parut, dan lembut adalah makna Cantik tersebut. Manakala rambut yang lurus adalah salah satu erti kecantikan jugak.

p/s; kat Malaysia pon orang kata Cantik pe bila kulit dia cantik, kan kan..??






2. Menurut Masyarakat India

Bagi mereka, pemakaian tradisional adalah Cantik. Aksesori yang bertambun-tambun kat atas kepala, pergelangan tangan dan kaki adalah Cantik dimata mereka. Lagi banyak aksesori camni, lagi Cantik..
Disebabkan kulit masyarakat ni banyak melanin, maka diorang takde masalah sangat dengan kulit diorang, lain lah macam orang melayu kita ni.
Part paling Cantik masyarakat India ni, tang rambut diorang. Memang tak dapat dinafikan lagi, rambut diorang adalah aset terpenting pada diri seseorang. dan untuk pengetahuan korang, rambut masyarakat India di                                                        India dijual dan ianya mendatangkan hasil yang lumayan!!


3. Menurut Masyarakat Brazil
Bagi mereka langsing adalah Cantik. Negara ni lah yang paling banyak keluarkan pil pelangsing uh..!!
Masyarakat ni jugak yang paling banyak buat pembedahan plastik. Walaupun diorang miskin, diorang still akan habiskan duit untuk kecantikan..pergghh...




p/s; padan la mereka ni Cantik....huhu



Sebenarnya banyak lagi tapi aku je malas nak naip, line tenet sini cam ngok je...huhu
so sekarang, aku lak nak bagi definisi Cantik bagi pendapat aku adalah;

1. kemas dan bukan pengotor. (harap je cantik bilik rumah besepah kejadahnye semua nih??)
2. suka senyum. (asyik2 tengok muka dia mesti dia senyum...besh3..)
3. peramah dan baik hati.
4. pendiam pon kadang2 Cantik dmata aku.hehe
5. tak gedik. (kalu gedik, automatik jadik huduh..!!)
6. pandai main warna.. (baju dia pandai match lah dikatakan..)
7. Cantik itu asli.
8. Cantik itu Cinta.
9. Cantik itu wang...hehehehe


Sekian....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan