Sabtu, 23 November 2013

kerana ini aku.

kehidupan tanpa sempadan
aku bukan dilautan
atau berjalan di daratan
aku hanya sekadar dipinggiran
melihat yang mana senang yang mana riang.

mata hanya bersandiwara
bukan keindahan hakiki yang nyata
aku terdiam seketika
mula mencari yang mana sempurna.

sekarang aku keliru lagi
makin aku menggali
makin aku sendiri
tanpa kusedari
aku semakin jauh daripada illahi

aku mohon kembali
kepadaMu ya Rabbi
tetapkan kata hati
semoga aku menjadi muslimah sejati.

ku jejak kekasih hati
yang mungkin membawa aku pergi
jauh daripada duniawi
dan kembali kepada yang hakiki.

dan aku tidak sendiri lagi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan