Isnin, 28 Oktober 2013

Kuning cahaya matahari.

Apa ada pada cahaya,
kalau mata tidak melihat,
kalau mata tertutup rapat.

Apa ada pada suara,
kalau telinga tidak diguna.

Apa ada pada akal,
kalau tidak diguna pakai.


Cahaya terus menerus menerangi,
tanpa ada sekatan abadi,
hanya awan sesekali menutupi,
menunjukkan bukan semua tetap didunia ini.

Aku redah dipagi hari,
melihat engkau bersinar lagi,
meratapi keindahan illahi,
aku tersenyum sendiri,
sambil berfikir tentang diri,
aku terkelu lagi...

Siapa aku tanpa aku,
siapa dia tanpa aku,
Aku?


terima kasih illahi, kerana diberi peluang hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan