Isnin, 17 Disember 2012

Think about Friend's Mind

Awak,
Saya bukan apa-apa untuk awak,
Bukan siapa-siapa dalam hidup awak,
Tiada apa untuk awak...

Pertama kali saya kenal awak,
Saya tahu awak boleh jadi kawan baik untuk saya,
Saya cuba mendekati awak,
Saya nak kenal awak,
Sebab...
Saya dah tertarik dengan awak,
Awak tahu?
Tapi...
Saya tahu, awak tak pernah ambil tahu...
Tapi...
Saya tak kisah,
Janji awak dekat dengan saya,
Temankan saya makan,
Pergi kelas bersama,
Ketawa bersama,
Bergosip bersama...

Suatu hari,
Awak jauh dari saya,
Tak pedulikan saya,
Saya melihat awak dari jauh,
Melihat awak ketawa mesra dengan yang lain,
Saya tersenyum sendiri...

Kenapa?

Bukan hak saya melarang awak bersama dengan siapa yang awak mahu,
Bukan saya penentu siapa yang memberikan kebahagiaan kepada awak,
Saya tahu apa yang saya mampu,
Saya bukan siapa-siapa...

Tapi,
Sekurang-kurangnya saya berusaha,
Menjadi sesuatu kepada awak yang memang sesuatu dalam diri saya.
Saya suka awak, dekat dengan saya.

Saya taknak salahkan orang lain,
Sebab kita makin jauh,
Keadaan kita kini adalah kerana diri kita sendiri,
Saya hanya berdiam diri...
Tersenyum pahit sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan