Isnin, 17 Disember 2012

Keaslian

Salam ukhwah . . . .. . .. .. . .. . . . .. . .. . . .. . . . .. . . .. .



Susahnya nak jadi tulen, susahnya nak jadi diri sendiri bila dengan makhluk diluar ni... Aku hanya memerhati, gelagat badut yang tersembunyi. Ah, siapa aku untuk menilai seseorang, sedangkan aku pun bermasalah dalam mengenal siapa diri aku sebenar. Aku belajar daripada permasalahan yang muncul di sekitar pemandangan aku. Aku melihat daripada perspektif kaca mata seorang anak sulung yang kini berjauhan dari keluarga hanya semata-mata dahagakan ilmu tuhan yang Maha Esa. Dalam sekelip mata, aku sudah melalui kehidupan dalam dunia yang penuh dengan para ilmuan, hampir setahun bersama mereka. Indah perit getir bersama.

Tanpa kusangka, ada yang mengelarkan diri sebagai ahli psikologi di kalangan kami. Wah, betulkah sampai ke tahap ini aku kini?

Kini, ku asyik melihat gelagat kenalan sendiri. Kemesraan terjalin, mengeratkan ukhwah sesama sendiri, bergelak ketawa bersama, menangis bersama, susah bersama... Tiada siapa yang kisah... Tiada siapa yang kisah? Ya, kadang-kadang, orang menilai kita dari segi yang kita tak sangka... Kita hanya melalui kehidupan kita, sehingga kita lupa siapa di sekeliling kita. Siapa kita? Seorang yang macam mana? Definisi yang berbeza sekiranya ditanya kepada setiap kenalan kita. Itu pasti. Kenapa? Kerana masing-masing melihat kita daripada apa yang mereka mampu melihatnya. Jika kenalan kita luas pengetahuan ilmu agamanya, dia akan melihat kita menjurus kepada ilmu agamanya, jika kita bergaul tanpa sempadan, bermesra tanpa alasan, agak-agak, dimana kita sebenarnya...

Harini, aku belajar perkataan baru dalam kehidupan aku. Ketulenan. Sebenarnya, ini bukan pertama kali mendengar atau mengetahui tentang perkataan ketulenan tu, tapi selama ni, aku tak pernah amik tahu tentang maksud sebenar ketulenan tu. Cuma yang tahu, menjadi diri sendiri bila berinteraksi dengan orang lain. Yap, memang mudah untuk dikatakan, tapi pernah kita fikir, macam mana kita menjadi betul-betul tulen dalam setiap masa kita bernafas? Sedangkan dengan diri sendiri kita menipu, apatah lagi dengan orang sekeliling? Aku ketawa sendiri. Bodoh bunyinya, kan?

kenyataan situasi:

- bila dengan orang yang kita selesa, kita tak akan kata 'tidak', sebab nak jaga hati orang tu.

- bila kita tak suka orang tu, kita kutuk-kutuk kat belakang je. bila depan, cakap bermanis mulut.

- bila kita sedih, kita cuba nak ketawa.

- bila kita marah kat orang tu, kita tumbuk dinding, hentak meja kerusi, salahkan orang lain pulak.


Oke, memang ada jawapan... sebab? Sebab kita kena bersabar, sebab bersabar tu separuh daripada iman. Tapi, takat mana kesabaran kita???



Fikir-fikirkan....







Sekian~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan