Jumaat, 19 April 2013

Trifle Cake.

Salam ukhwah . . . . . . . .. . . . .. . . . . . .. . .




Haritu masa cuti pertengahan semester, teman sempat cuba satu resepi yang tengah menjadi kegilaan ramai di Malaysia.. tapi tak lah se'glamor' pavlova dan velvet cake, tapi kek ni pun sedap tau!

Teman nak menunjuk sat, hasil titik peluh keringat teman buat kek trifle ni. tak sampai sehari sudah habis meh!! walaweehhh~~~




bahan-bahan  dan cara-caranya :-


Lapisan bawah sekali :

kek swiss roll kat Giant/ kedai kek/ Tesco dll (ikut lah perisa apa uols nak, iols pakai pandan dan strawberi)
1 tin buah campur

# potong kek gulung mengikut ketebalan yang uols suka, jangan nipis sangat, nanti makan tak feel. susun dalam bekas. taburkan buah campuran sebanyak mana yang uols nak (simpan sikit untuk letak dekat bahagian atas sekali)

Lapisan tengah :
3 sudu tepung kastard ( iols pakai 2 sudu sebab taknak keras)
esen vanila (tak letak pun takpe, tak effect pun aih)
3 sudu gula (terpulang lah kat uols, kalau nak manis, letak 1 kilo pun takpe..)
1 tin susu cair (cap apa pun boleh)
1 cawan air 

# masukkan semua bahan di atas dan masak (sentiasa kacau supaya tidak hangit) sehingga setengah jam (jangan lebih atau kurang!). sejukkan sekejap dan tuang ke atas kek tadi. masukkan ke dalam peti ais (bagi kastard ni beku sikit supaya tak bercampur dengan jelly bila kita tuang jelly nanti)


1 kotak jelly segera (iols pakai cap NONA)
(ikut je arahan dekat kotak tu)

# masak jelly tu ikut arahan kat kotak. sejukkan sekejap bila dah masak dan tuangkan ke atas lapisan kastard tadi. tabur buah campuran lagi. (iols tabur buah campuran dan nata dcoco banyak2 bagi sedap) sejukkan dalam peti ais. siap dimakan.


SIAP!
kek trifle ni sedap giler dimakan time sejuk, sebab jelly dan kastard tu akan cair dalam mulut uols..perghhh..memang best!



selamat mencuba


---------
THE END
---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan