Salam ukhwah . . . .. .
Ola peeps, trimas sebab mai datang baca blog ceq noo... hehe.. oke, kali ni N3 ni teman dapat idea daripada sahabat dan juga kekasih teman di SINI ... Cik Hadiah kata monolog dalaman ni sejenis penyakit?? bukan lah sayank.. meh abang nak gitau kat sayank meh... =P
Uolls pernah tengok cerita komedi Charlie Chaplin? pernah?? Dia sebenarnya adalah salah seorang pengasas monolog ni. Mean?? maknanya, apa yang dilakukan dalam cerita komedi Carlie Chaplin tu adalah monolog... tak paham lagi?? err... ang p minum air zam-zam satu botol.... huhuu~
Ada 2 jenis monolog, iaitu monolog luaran (kata-kata yang dlafazkan) dan monolog dalaman (kata-kata dalam hati)
Monolog Luaran
"Cik Halimah, anda seksi harini... tak takut dosa keerr..." kata Jongang kepada sahabat karibnya.
Monolog Dalaman
"Ish mamat tu dok tergedik-gedik situ pesal ntah? bajet hensem keerr? eeuuw, please deeehhh," Sumbat mengomel dalam hatinya.
Oke, uolls paham sekarang kan? Yeaahh... uolls ni memang pintar, mak uolls kasi susu asli cam ibu ea dulu? Best, best best.... heheee~
Sebenarnya monolog dalaman adalah sangat baik kepada diri kita. Tahukah uolls bahawa sebenarnya manusia hanya menggunakan 35% monolog luaran semasa berkomunikasi?? dan selebihnya kita gunakan dengan menggunakan intonasi percakapan, gaya atau bahasa badan! Yea, inilah kenyataannya murid-murid... huhuu~
Monolog dalaman adalah salah satu terapi dalam diri uolls. Kenapa teman cakap camtu? sebab teman blajor benda-benda camni uolls oii... sedarkah uolls bila mana uolls sedang berinteraksi dalam diri uolls sendiri, kepuasan maksima dimiliki?? Ada dikalangan kita tak pernah berkomunikasi dalam diri dia sendiri?? rugilah kalian...
Cuba bayangkan situasi camni...
Situasi 1
: Abu sedang bermain di tengah-tengah padang bersama-sama adik lelakinya, Ali. sewaktu mereka sedang asyik bermain, tiba-tiba ayah mereka datang ke arah mereka lalu menarik telinga Abu dan mencampak Abu jauh-jauh. Ali pula ditamparnya kuat-kuat. Mereka diam membisu.
So sekarang, apa yang uolls fikirkan? Adakah ayah mereka ni gila? kaki pukul? mabuk? cer bagitau... Soo.. Ada uolls bercakap sekarang? err... ada??
Kesimpulan disimpulkan : Uolls baru sahaja melakukan monolog dalaman sebentar tadi.
Sumtimes, bila kita rasa nak marah orang, tapi kita tak dapat nak marah diorang, kita akan bermonolog dalaman. Mengembangkan segala neutron-neutron dalam hotak ni lantas berimiginasi tentang apa yang SEPATUTNYA dilakukan kepada yang kita 'panas' tadi, ye dak??
SINI <-- (tekan situ deh) adalah salah satu contoh TERBAIK boleh teman kasi kat uolls...hehehe..cekedaut eh!
p/s; lepas ni jom ramai-ramai monolog dalaman....praktis sampai cam gampank!! =P
Sekian
wow entry bermanfaat^^
BalasPadamtp ade correction:
"neuron2" bukan "neutron2"
hehehehehee..tu lah, da post beru pasan..haha..
BalasPadamsoe dokter... :P