Sabtu, 16 April 2011

Kenapa Perempuan Cerewet

Salam ukhwah . . . . .

Dalam N3 ni, Hami nak jelaskan secara logiknya kenapa perempuan ini sangatlah cerewet. Sebenarnya, this title ni ada seseorang bagi kat Hami, memang pada mulanya agak meluap-luap jugak gunung berapi ni kan tapi as usual, teman ni kan positif orangnye (cewah, gedik jap) makanya wajib teman berfikiran positif dalam statement mengganggu iman teman ni, ye dak?

"Mama nak adik cari lelaki yang beriman tak tinggal solat lima waktu, sedekah setiap hari Jumaat, puasa Isnin Khamis, pandai jaga anak-anak dan pandai memasak untuk dijadikan suami adik. Kalau adik tak dapat cari macam ni, mama akan carikan."


"Sayang tak kira, sayang nak jugak anak patung color pink yang besar tu, sayang tak kira!"


"Abang pakai baju ni kena kemas-kemas, kena wangi-wangi... rambut ni ha, sikat kemas tau, haa tie tu sini sayang bagi betulkan.. Abang ni kena smart baru nanti kawan-kawan puji isteri jaga baik."


"Ummi nak Aiman belajar rajin-rajin, tak payah nak ngade-ngade tengok anak dara orang lagi, kumpul duit sampai senang dulu, tuntut ilmu tu sampai jemu pastu baru fikir tentang kahwin."

etc.

Uolls ada nampak apa isi tersirat dalam setiap contoh yang diberikan? ya, mungkin uolls yang girls ni paham apa maksud teman.. So now i think i should tell the truth to all man in this world why woman is so complecated.

Situasi Mama : See guys, betapa sucinya hati seorang wanita ni. Dia bukan risaukan zahir anak perempuannya sahaja tapi rohaninya juga. Ibu mana nak anak-anaknya masuk neraka? ADA?? meh bagi tau kat ak, nak check sikit mana something wrongnya ibu tu kalau dia tak ambil kisah tentang dunia anak perempuannya... Peeps, pandang seorang ibu ni sangatlah meluas melangkaui pandangan ahli engineer bangunan tertinggi di dunia or ahli saintifik yang mengkaji tentang alam semester. Kenapa ak cakap macam ni? See, for all future husband and daddy, ada tak uolls bersihkan rumah sampai bawah-bawah katil, bawah meja lipat, segala yang tersembunyi sampai bersih? And ada ke uolls bersihkan rumah uolls? uoppss... heheee~
Pandangan seorang wanita jauh lebih teliti dalam bidang-bidang ni.. kelebihan tu kan?

Situasi Sayang : Guys, teman tau uolls sangat suka menabur janji sakti uolls tanpa menggunakan sikit pun modal kan? Uolls sedar kah yang perempuan ini sangat teliti bab janji? ade uolls perasan? nah, amik kau bila mana sang kekasih sudah mula menuntut janji-janji romantis tak sudah kau tu... serve ur rite... HAHA~

Situasi Abang : Soooo sweet kan isteri ni. Sebenarnya semua isteri adalah sweet oke.. Kenapa? Apa yang pengalaman teman lah kan, nenek teman, mak teman macam mana pun pagi-pagi mesti bancuh air untuk suami dan anak-anak walaupun mereka tersangatlah busy pada waktu pagi (mandikan anak, siapkan baju sekolah anak, siapkan baju papa nye, kemas katil anak bersepah-sepah, mandi lagi pastu buat breakfast pula?) err.. hebat kan? To all future husband or yang dah title husband and daddy, perasan kah anda yang sebenarnya bila anda berkahwin, anda juga berkahwin dengan seorang fashion designer?? ade uolls kisah? tak pernah, ak 89% gerenti... How can lah kan, uolls tak terfikir macam tu, ish3... Yalah, memang lah kadang-kadang fashion designer uolls tu rekemen fashion cam pape je kan, uolls mesti paham yang maybe dia kehabisan idea ke kan..huhuuu~

Situasi Aiman : Ibu juga sangat mengambil berat anak-anak lelaki beliau. Kenapa? Sebab tu je anak dia ada, ye dak? Siapa lagi dia nak arah, takan suami dia kkoootttt.....hehe... Semua yang cerewet yang lelaki fikir tu sebenarnya sangat menguntungkan dia, betulkan? Bukan ke kalau Aiman dah ada duit yang banyak akan menjamin masa depan dia? even girlfriend yang dari sekolah rendah dah belah kawen ngan jantan lain tapi Aiman dah ada duit, hidup dia dah stabil so kenapa perlu fikirkan cerita lama, ye dak? Ibu ni dah fikir bagai dah wei, takyah uolls cakap dan fikir bukan-bukan... Bukan nak kata anak mak ke ape, tapi mereka lebih memahami kita, mereka lebih berfikiran matang makanya layaklah mereka memberikan cadangan sebegitu, ye dak?

Guys, i strongly believe that perempuan ni cerewet atas dasar untuk meningkatkan kualiti hidup kita, bukannya menjatuhkan lantas menjahanamkan lagi hidup kita. Jelas disitu?

Ada sebarang persoalan boleh lah di ajukan? ke uolls nak bantah? meh lepak kedai mamak kita discuss sama-sama, gerenti kebaboomm~

HAHAHAA~~


p/s; thanx mak ^^





Sekian~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan