Selasa, 1 Februari 2011

99 Hari Kisah Klasik Kita : Erti Cinta

"Sayang tunggu abang tau dekat stesen bas tu, nanti abang datang ambil."


"Ye abang, sayang baru nak bertolak ni," balas Syalina.

"Call abang bila dah sampai tol, okey sayang?"


"Okey, abang."

"Sayang Syalina...," balas Kamarul manja.

Syalina bergegas mencari bas ekspres yang sepatut dinaikinya. Tepat pukul 9.30 malam bas akan bertolak ke destinasi yang telah ditetapkan. Syazlina masih terpinga-pinga mencari tempat duduk yang ditempahnya.

"Huh, sini pun," getus hati kecil Syalina. Dia berasa lega.

***

"Rindunya dekat abang, tak sabar nak jumpa," Syalina menghantar mesej kepada suami tercinta yang baru dinikahinya 6 bulan yang lalu.

Syalina tidak dapat tidur di dalam bas. Lazimnya, Syalina pasti akan tertidur selepas sahaja beberapa minit bas bergerak tetapi lain pula kali ini. Syalina melihat ke arah luar. Lampu-lampu dijalanan masih terang diluar sana. Masih ramai yang tidak pulang ke rumah. Mungkin malam ini ramai yang mengambil kesempatan untuk merebut peluang melihat jualan murah di bazar-bazar jalanan itu sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Syalina terkenangkan kenangannya sewaktu di alam percintaan bersama kekasih hati dan kini bergelar suaminya suatu ketika dahulu. Tidak pernah sekalipun Kamarul memarahinya tanpa sebab dan sekiranya Kamarul tidak senang dengan sesuatu keadaan, pasti dia akan menegur Syalina dengan menulis nota kecil lalu dimasukkan ke dalam beg tangan Syalina.

"Ina, saya tak sukalah awak bercakap macam tu dengan laki tu petang tadi." Salah satu nota kecil yang diberikan Kamarul masih terpahat di ingatan Syalina.

Syalina masih menyimpan semua nota-nota kecil pemberian suaminya suatu ketika dahulu. Gelak tawa sewaktu majlis persandingan masih terngiang-ngiang ditelinga Syalina. Sungguh indah kenangan itu.

"Abang bawa sayang ke klinik,ya?" Jelas kerisauan di wajah Kamarul sambil jari jemarinya masih  mengusap lembut rambut isterinya.

Syalina hanya dapat mengangguk-anggukkan kepalanya. Matanya masih terpejam. Tiga hari Syalina muntah-muntah dan tidak makan. Setelah diperiksa, rupa-rupanya ada isi dalam perut Syalina.

"Tahniah, isteri Encik mengandung dua bulan," kata doktor sambil tersenyum.

Kamarul terus memeluk erat isteri kesayangannya. Dikucup berkali-kali dahi dan pipi isterinya.Syalina pula hanya mampu tersenyum tetapi jauh disudut hatinya rasa bersyukur kepada ilahi teramat sangat. Itulah keadaan sewaktu mereka mengetahui bahawa  mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

***

Telefon berdering.

"Hello abang, sayang dah sampai tol."


"Okey, abang tunggu sayang di stesen bas ye."

Syalina masih memakai kain tuala kecil yang terpahat nama mereka berdua iaitu pemberian suaminya sewaktu hari lahirnya yang ke 22. Masih teringat ketika itu, Kamarul menyatakan dia tidak dapat berjumpa dengan Syalina disebabkan ada urusan yang tidak dapat dielakkan di kolejnya.

Walaupun dihati Syalina terasa hampa, tetapi Syalina tidak mengatakan kepada Kamarul Dia hanya mendiamkan diri.

Keesokkannya, Syalina mendapati satu kotak besar yang diatasnya tertulis 'Selamat Ulangtahun Kelahiran, Sayang'. Syalina sebak. Di dalam kotak itu berisi teddy bear ungu yang sangat comel sambil memegang kain tuala kecil yang terpahat nama Kamarul dan Syalina.

***

"Abang dah makan?" tanya Syalina sambil mengusap lembut pipi suaminya.

"Sudah sayang. Tadi mak masak tomyam, sedap tak macam sayang masak." kata Kamarul sambil menjeling ke arah isterinya.

Syalina ketawa.

"Baguslah macam tu, lepas ni tak payahlah sayang nak masak untuk abang,kan?" gertak Syalina.

"Eh, mana boleh macam tu... Abang suka sayang masak, bukan sebab sedap sayang masak tapi..."


"Tapi...?"

"Tapi sebab sayang nampak seksi bila sayang tengah masak," Kamarul ketawa.

Syalina mencubit manja peha suaminya. Kamarul sering mengusik isterinya walaupun sewaktu Syalina tidur. Pasti ada sahaja yang ingin diusik Kamarul. Bagi Kamarul, isterinya adalah segala-galanya dan isteri yang dicintai sangat memahami dirinya.

***

"Sayang, abang rindu sayang sangat-sangat," Kamarul cuba memeluk isterinya dari belakang.

"Sayang pun sayang abang. Abang tidurlah ye, esok kita sembang lagi. Sayang ngantuklah abang." Syalina mengangkat lembut tangan Kamarul yang berada dipinggangnya.

Itulah kali terakhir Kamarul menyatakan isi hatinya kepada Syalina. Syalina masih menangis melihat wajah suaminya yang kini kaku.

"Bersabarlah nak, ajal maut di tangan tuhan," kata Puan Widad, mak mertua Syalina.

"Semalam abang tak puas sembang dengan saya mak, tapi saya penat dan tak layan dia," balas Syalina sambil menahan esakkan tangisannya. Tangannya mengusap lembut perutnya.

Semua hadirin disitu sedih melihat keadaan Syalina yang baru merasai kenikmatan erti cinta tetapi telah diberikan ujian sebegini.

***

"Sayang, jaga anak kita elok-elok tau. Sayang nak tau, abang dah ada nama kalau kita dapat anak lelaki." senyuman Kamarul masih jelas dimata Syalina.

"Baby, mama akan jaga anak mama baik-baik, dapat kasih sayang yang secukupnya, ilmu dunia dan akhirat yang secukupnya. Mama akan sayang ayah dengan baby sampai bila-bila," air mata Syalina berlinang lagi.


-TAMAT-



p/s; dapat inspirasi dari dalam surat khabar, oke ke uolls rasa? dah lama tak buat cerita, maaflah ye..do komenk yahh!!heee~


Sekian~

2 ulasan: