Salam ukhwah peeps sekalian..hee~
Kawan ni banyak jenis kan..so daripada aku membebel tak tentu fasal..jom cekidaut SIAPA KAWAN SAMPAH ni... (if uolls rasa macam ade je sangkut satu dua ciri-ciri tersebut, sila ambil kisah oke...) huhuu~
1. " Siti, baju aku lawa kan?"
- this person, sila jauhkan sebab dia ni kaki nak ambil perhatian orang..hmm..maybe dia tak dapat kasih sayang yang sewajarnya time kecik dulu so dia sedaya upaya 'merampas' perhatian uolls.. abaikan je makhluk camni...
2. " Sayang...sayang sayangkan abang tak?"
- perghh.. ini lagi bahaya... ayat jenis camni mengatakan dia nak 'sesuatu' dari anda... lebih hard lagi my answer is dia mahu anda punya tuuttt....
HAHAHAAA~
(kiddink)
3. "Eh, suka hati aku lah nak buat ape pon"
- tu maknanya tak guna kawan dengan dia..bukan ke kita berkawan ni maksudnya saling menyayangi, membantu bukan membatu, menasihati, kongsi pakaian tudung segala makanan kan... kalau cam gini ape pekdah nye?? sila jauh-jauhkan...huu~
4. "Ko tau, aku pernah je tengking ayah aku" (dengan muka riak lahanat)
- Just imagine, bapak dia pon boleh dia tengking, uolls nak kawan ke dengan makhluk cam gini? urghh... jauh oke!!
5. "Beb, jom lepak dengan laki hensem cam Johnny Depp tu nak?takpe, aku dah kenal dia sehari lepas"
- uolls nak kena hancuq try lah kawan dengan sampah ni...kawan ajak lepak kat masjid sambil lawan tarunum ke, ngaji sape banyak hafal surah je takpe jugak an...(macam la aku baik..haha~) =P
6. "Takpe, makanan ni takde saper punya pon, blasah jom!"
- hotak dia lah..bukan ke makanan tu nanti jadik darah daging kita? Haram kot beb... jangan... kalau kelapaq sangat pon, mintalah kebenaran tuan punya dulu, oke? =)
7. "Pensel hang pensel aku jugak kan"
- kang jadik "Bf / Gf hang, bf / gf aku jugak kan"....hahaha...tapi tak kisah sangatlah kalau nak pinjam pon kan...buat harta sendiri alamatnya kena cepuklah kan...huuu~
8. "Wei, aku lupa mana letak buku hang tadi lah..jap nak ingat", sambil garu-garu kepala pandang kiri kanan depan belakang atas bawah.
- Like a donkey manusia macam gini... Hati dah banyak baik dah ni p bagi pinjam tuptup hawaq ni p agi hilang pulak...dahtu time tu kita ni urgent sangat nak pakai benda alah tu kan... tak ke rosak bahasa kita masa tu?? segala benda dikeluarkan contohnya ")(&*&", "$#%$"; dan lain-lain (maaf, perkataan itu adalah dilarang di dalam blog suci ini..hee~)
9. "Timah, hang p masuk bilik aku, tengok dekat atas katil ada duit dua kupang pastu hang amik bawak mai kat au naa, aku nak pakai"
- tak ke macam shit je kawan macam ni... sedap je main suruh-suruh..baru jadik kawan dah pandai suruh-suruh nak jadi PM konon, konpem hancuq negara tu kan?
10. "Eleh, mu tu Echoh buke gemuk taro mano pom, hite jah mu nih..."
- Sila jauhkan diri daripada berkawan dengan orang macam ni sebab dia akan menjatuhkan air muka anda..(haha...ni tabiat aku) dan dia juga akan menjatuhkan motivasi diri uolls... watch out!!~
Tapi kadang-kadang kita kena kawan dengan sampah camni..sebab kita dah takde kawan...hahaha...desperate rite!! SUMTIMES bole lah...just kawan its oke... tapi tu lah kan, mana nak cari kawan yang semulia A'aisyah akhlaknya dizaman ni kan.. haram je moden tapi sampah bersepah-sepah...sorry to say lah kan, tapi semua kebaikan dalam zaman ni kebanyakkannya adalah hipokrit semata-mata...
Abang pemuda salam siap peluk cium lagi Bapak Haji ni.. (yelah, dia kan ada title 'Haji')
Sue asyik bermekap nak tutup jerawat sebab nak tayang lawa muka kat semua laki dalam dunia.. (bedak seinci tu tak ke hipokrit)
Peah kemas rumah bila ada orang datang rumah... (bila orang tak datang rumah, agak-agak macam mana rumah dia yer...)
Dll
Masa aku praktikal, selalu yang aku tanya dekat bekas penagih, kenapa menagih dan macam mana boleh terjebak dengan dunia penagihan ni, PASTI diorang akan jawap; "sumer ni saya ikut kawan, cik", tak pon; "ni kawan saya la ni, ajak saya pergi pub, dia kata taruk sikit saja cik", takpon; "alah cik, kawan saya ajak, so saya try lah"... (tak ke semua tu jawapannye bodos belake??)
p/s; cari kawan dengan mata hati, bukan dengan mata retina...huhuu~
Sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan