Isnin, 26 Julai 2010

.:Duniaku:.

Hidup ni macam drama, kita ni watak dalam setiap episod yang berlaku, masing-masing ada memberikan kesan dalam jalan cerita drama tersebut. Adanya hero, adanya heroin, adanya antagonis dan sebagainya. ITULAH DUNIA. Masing-masing menjalankan kehendak diri untuk kepuasan dalam setiap hari yang perlu dilalui. Ada yang memarahi anaknya kerna mahu anaknya menjadi orang yang berguna, ada yang mencuri untuk mengisi perut yang kosong, ada yang melemparkan tuduhan palsu kepada sahabat sendiri disebabkan dirinya merasai bahawa dia tidak dihargai orang sekeliling dan sebagainya.

Aku belajar cara memahami sifat sebenar manusia. Benarlah, manusia ni terlalu susah untuk difahami. Masing-masing ada akal yang tersendiri. Hati siapa tahu. Darah sama merah, hati lain-lain..(hehe, pepatah baru yer anak-anak..lalala~)..

Pergerakan, sentuhan, mimik muka, dan nada suara itu semuanya memainkan peranan yang penting dalam setiap perlakuan yang kita lakukan. Kadang-kadang ada orang yang sangat mahir membaca setiap pergerakan orang lain dan ada juga yang langsung tak faham 'hint' yang kita bagi kat dia. Contoh mudah la kan, kalau kita rasa sakit perut, tangan kita pasti pegang perut kan, sebagai tanda kita tahan sakit perut. Kita akan kerutkan kening n dahi kita kalau kita rasa tak faham tentang sesuatu, dan kita akan ketawa apabila kita suka dan gembira. Betul bukan? Semua ni sungguh unik bagi aku. Manusia sungguh ISTIMEWA..

Alhamdulillah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan