Isnin, 14 Jun 2010

People dont know what do you think bout them

tadi pagi aku ada buat picnik dengan kengkawan skola rendah dulu (SK Kg Jambu )..macam-macam yang dibualkan kami... even yang join picnik tak sampai sepuluh orang pon tapi giler syiok tadi bila dapat jumpa, memang dah adat, bila jumpa kawan lama zaman jahiliah dulu, time tu la start cerita tentang kisah jahiliah kami balik..hahaha... sakit giler otot muka aku kot...  =P

memang untunglah orang kampung Taiping, mana tidaknya, port nak lepak memang banyak... kami pon senang je nak lepak, cari wakaf kat Taman Tasik Taiping tu, pastu terus park motor n mulalah perbualan kami... yang lawaknya, bajet inform awal-awal nak picnik, haram aku aje yang bawak bekal nak picnik kot... sebek lah aku ni ade kesedaran...hahaha.. dapat lah kawan aku merasa air tangan aku yang tak seberapa tu..huhu..( anyway, thanx to sharilsham kerna memerli aku..huhu)

Best aku tengok kawan-kawan aku tadi, siapa tau sekarang bila dah mencecah usia 20-an, masing-masing ada karier tersendiri.. aku sendiri taktau yang aku akan berkecimpung dalam dunia jiwa n mental ni...hahaha... syiok dengar tadi, kawan aku sorang ni bakal jadi jururawat.. dengar pengalaman dia time praktikal memang gempak kot...tu la orang kata pengalaman kan taley simpan je, biar dikongsi, dapat la kita timba ilmu sama-sama...kan,kan...

agak lama la aku lepak ngan kawan-kawan aku tadi, sampai masuk zohor kot..hahaha.. sebek lah aku pasan cuaca cam dah mendung je..(bese lah taiping..) terus kami cabut lah..(tapi basah gak dah sampai rumah tadi..huhu)

mesti korang fikirkan, apa kena mengena tajuk ngan cerita aku tadi kan...oke,sekarang baru aku nak mula,tadi pendahuluan je tu...hek3
sebenarnya, banyak juga yang aku pelajari tadi time aku berbual dengan diorang... semua tu aku jadikan pembelajaran tak formal aku.. bertambah-tambah ilmu yang aku belajar tadi bila sebenarnya dalam kalangan kawan aku tadi, ada jejaka idaman aku dulu..(haha, first love kunun..) tapi jangan risau, aku perempuan setia walaupun aku jenis suka main-main tapi itu hanya 'Main' oke...ahakz~

walau sejauh mana kita lari, kita tetap di atas bumi, ye kan... makanya, aku jadikan si dia memori, kenangan yang mengajar aku erti kehidupan, belajar erti kesabaran dan bagaimana itu erti cinta... terima kasih atas segalanya... aku bahagia disini..~

tak tahu niat sebenar si dia tetapi kenangan bagai sengaja dicungkil setelah lama aku tak recall memori tu, lagipon buat apa lah aku nak recall memori tu sedangkan lebih banyak maklumat kini yang perlu aku rekodkan, betul tak? aku rasa malu jugak la bila si dia cerita tentang kisah kami dulu...hahaha.. lawak gila aku budak-budak dulu beb.. baru aku prasan, aku ni kreatif n romantik gak jenisnya...hahaha... n thanx god ada orang menghargainya.. alhamdulillah..~

aku bersyukur kini, aku perolehi yang terbaik bagi diriku.. tidak perlu memilih kerna dia sentiasa disisi kita, dan jangan risau, selagi kita yakin dia milik kita, pasti dia milik kita...

kisah pemikiran si gadis dan teruna idaman tidak pernah terlerai... pasti ada kesilapan... siapa boleh membaca fikiran orang lain..?? tipu sangatlah si nujum tu... teori n teknik yang digunakan ahli psikolgi dan kaunselor hanyalah sekadar ramalan, mereka cuba yang terbaik, hanya mengkaji kebarangkalian yang ada dalam persekitaran tersebut... hati yang mengetahui segala-galanya... naluri mengarahkan kita, fikiran yang menilai dan perlakuan yang melakukan..~

tadi aku dengar sorang teman aku ni bicara tentang tanggapan atau persepsi si gadis kepada perlakuannya... banyak betul karenah si teruna yang membingungkan si gadis sunti...hahaha.. memang itulah lelaki, macam-macam idea diperolehi.. syiok lah tadi dapat lebih kenal lelaki ni macam mana.. n thanx god diorang menyedarkan aku sebabnya aku pon boleh tergolong dalam golongan si gadis yang bersifat begitu; he called curious ; amik berat (lebih kurang lah..) hehe

cara pemikiran setiap insan berlainan..apatah lagi bila berpasangan.. pasti ada saje halangan dan tentangan pemikiran.. si gadis berbicara, si teruna hanya mendengar dan mendiamkan diri, ntah apa yang difikir dalam mindanya... si gadis sebenarnya inginkan perhatian, bukanlah perkongsian semata-mata.. memang sungguh nikmat ciptaan tuhan, ada sang pencerita dan si pendengar, ada yang memerlukan dan ada pula yang diperlukan... syukur..tapi tu lah manusia, tak reti nak menilai, pakai redah je tanpa berfikir walau hanya seketika... aku yang silap sebenarnya tapi disalahkan si pokok, disalahkan si ibu yang mengandung, disalahkan teruna yang melempiaskan nafsu, dan terus menerus menyalahkan persekitaran tanpa menyedari sebenarnya punca masalah adalah kita...

Allah itu maha adil, dia memberikan pasangan yang sesuai di muka bumi ini supaya kebahagiaan sentiasa menyinari dunia ini.. si penyabar bermesra dengan si panas baran, jejaka cerdik dengan gadis kampung yang tak tahu tentang perkembangan dunia, si cantik dengan si huduh dan sebagainya... alhamdulillah..~

perlakuan kita menjelaskan segala apa yang sedang bermain difikiran... kita menangis bila disakiti, kita ketawa bila disenangi, kita terdiam apabila kita buntu, kita senyum apabila menyindir dn sebagainya... maka, fikirlah apa yang dilakukan akan diperhatikan... manusia suka menilai persekitaran tanpa sedar tentang dirinya.. aku daif, pelajar yang masih mengumpul ilmu, mempelajari sebanyak boleh tentang dunia dan makhluk tuhan, cuba memahami diri sendiri tanpa perlu menyalahkan si dia yang setia...~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan