Memaparkan catatan dengan label Semantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semantik. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mei 2011

When Friendship become Friendshit

Salam ukhwah . . . . . . . ..

Title ni mengingatkan teman dengan soalan paper writing MUET yang teman amik bulan lepas... hehe... (doakan teman dapat ben 3 pon jadilah, boleh??) ~Thank you~

Dear peeps,
Teman nak cerita pengalaman teman dengan kawan-kawan teman. Kawan bagi teman bukan bermaksud sahabat... kawan is just bila kita perlukan kita panggil, and bila kita tamo kita buang jauh-jauh... and in my life, gila banyak ratus-ratus manusia dalam memori teman ni teman panggil diorang 'kawan'... 
Bukan senang der nak cop seseorang tu sebagai sahabat lantas menjalinkan hubungan Friendship ni... uolls ingat ship tu senang nak buat ke?? kalau kambing biri-biri pun, uolls ingat senang ke nak bela?? err... tidak bukan..~

Teman pernah ada kawan yang mukanya bertalam-talam... and disebabkan mereka ini, teman tak suka sangat tepung talam. (kesian teman kan?huhuu) tapi disebabkan ada kawan macam ni, teman boleh survive kehidupan ni... Now, teman boleh detect siapa manusia yang mukanya bertalam-talam disaat mereka ingin menalamkan muka mereka... See... terukkan mereka?? Tak hargai langsung pemberian tuhan... ish3~

Ekceli, teman nak je cerita keburukan kawan yang memang 1000% tak bagus sifat dalaman depa... Tapi teman ingat pesan Allah, jangan kita aibkan manusia yang lain, nanti Allah aibkan kita baru padan muka kita... ye dak?? huhuuu... Nauzubillah~

But my dear peeps,
Apa yang patut kita buat sekiranya Friend itu adalah Shit??? 
Kalau uolls sanggup buat apa yang teman buat kat kawan-kawan Shit teman dulu, meh teman nak bagi tip-tip mudah lagi tidak menggunakan modal...modal air liur je...heheee~

- Kalau kawan uolls suka pinjam barang uolls pastu hilangkan...
"Wei, mana pensel aku? Ko makan pensel aku lagi eh??"

- Kalau dia suka pinjam baju, tudung pastu tak reti nak bagi balik...
"Wei, aku tengok ritu ko ada beli baju baru, meh sini aku rasmi dulu??"

- Bila dia suka cakap besau depan uolls, bajet dia HOT lah kan...
"Ko tak sabar eh nak kena sambar api neraka? Aku tengah pegang mancis ni..."

- Bila dia suka tiru jawapan uolls time uolls test ke apa tanpa kebenaran uolls...
"Sah mak engko suka tiru-tiru kan??...." pastu uolls gelak kuat-kuat pegang perut tau.... HAHAHAHA~

- Bila dia bajet tayang pakwe or makwe dia kata cun or hensem seMalaya..
"Pe ke hal muka cam bapuk ntah??"

- Bila dia mandi lama-lama pastu time tu uolls pula nak mandi...
"Cah, ko kua...aku tak tahan nak berak ni... cepat laaaa!!!!" uolls ketuk pintu cam nak pecah pastu dia keluar terus uolls bawak baldi and towel uolls sekali pastu uolls slamber je mandi.... bez kannn..??

Kekadang teman taley nak ditect sorang ni, jap-jap frienship jap-jap friendshit... contohnye...

"Eh, ko janganlah cakap camtu kat dia... Dia baik kot..." pastu dia tengok ko buat muka suci dia.

Tapi teman tau, dia ni lagi 2kali ganda racun bisanya... beware manusia macam ni... memang HANCENG~


Well peeps,
Bukan senang nak bina Friendship ni... ada teman jumpa, dia kata teman sahabat dia sebab teman tak kecoh time dia kecoh... padahal teman tak amik port pon time dia kecoh tu. Lu langsi, Lu Mati... ye dak?? not my bisnes..gituww~~
Ada juga sahabat teman, dia cop teman sebagai bestie dia sebab teman selalu belanja dia makan... padahal teman saje nak isikan kekosongan jiwa teman ni... kesian dia kann...ish3~
Ada yang teman rasa dia memang wajar jadi besfriend... memang dialah sewajarnya kita gelarkan Friendship... our parent ofcourse... walaupun uolls rasa kekadang tak ngam dengan diorang, tapi percayalah, diorang lebih memahami kita seadanya...

And the only one person that I really-really appreciated in Friendship was my boyfriend... and maybe title 'boyfriend' itulah teman rasa dialah paling sempurna dalam Friendship ni.... semua relation teman rasa tak sesuai untuk dia... kecuali Friendship... sebab relation ni mengaitkan tentang kejujuran, kesenangan, keikhlasan, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan....eceh.. HAHA~

Maksud teman disini, boyfriend or girlfriend adalah paling layak digelar Friendship.. sebab bukan tunang lagi ke hape, ye dak....

-We all together because we all happy together-







Sekian~

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Menjadi Ibu

"Kita bagi nama anak kita Hani ya, sayang."

Aku tersenyum. Hanya mampu menggangguk-anggukkan kepala. Kelihatan terpancar cahaya kebahagiaan di wajah suamiku.

"Hani sayang, ni abang Hani, nama abang Hakimi... Abang, sayang adik sikit."

Mata Hani masih terpejam. Pipi putih kemerah-merahannya dicium Hakimi. Aku tersenyum lagi. Bahagia rasa dihati.

* * * * *

"Abang, tengok anak kita !" Aku menjerit memanggil suamiku. Dia bergegas ke arah kami.

"Alah anak ayah, nak merangkak ye?" 

Kami tertawa sambil melihat kesungguhan anak kecil cuba sedaya upaya mempelajari sesuatu. 

"Cepat Hani sayang... bangun lagi... bangun..." Aku cuba memberikan keyakinan kepada Hani sambil menepuk-nepuk tangan kepadanya. Dia ketawa riang.

* * * * *

"Maaaammmaaaa....."

Aku terkesima.

"Maaammmaaaa...."

Hah? Hani panggil aku mama???

"Sayang, Hani panggil mama?" suamiku disisi seakan tidak percaya.

Air mataku membasahi pipi. Aku mendapatkan anakku Hani lantas memeluknya dan mencium dia sepuas-puasnya.

"Sayang... lemas anak tu nanti.." Suami ketawa sambil mengusap-usap belakang badanku.

"Hani panggil mama buat pertama kali, bang..." Aku cuba menjelaskan perasaanku pada suami. Mungkin dia tidak memahami.

"Abang faham... dulu Hakimi panggil sayang mama pertama kali pun sayang nangis juga... cumellah sayang ni..." Dia ketawa lagi.

* * * * *

"Hani belajar rajin-rajin tau, mama nak pergi kerja ni. Hani ikut abang pergi sekolah sama-sama ye.Tunggu ayah ambil balik nanti ye. Ikut abang..." pesan aku kepada Hani, takut-takut nanti dia takut nak ke sekolah.

"Mama jangan risau.. Hani kan pandai macam ayah.." Hani tersenyum.

"Okey, sayang mama sikit..."

* * * * *

Ibu, mama, emak, ummi, ke ape ke adalah seorang wanita yang paling penting bagi kita sebagai seorang anak. Syurga dibawah tapak kaki ibu. Sayang ibu uolls sebab teman pasti uolls ada seorang je ibu, yang ada 2 or 3 ibu tu, mungkin tu ibu tiri ke, ibu susuan ke, ibu angkat ke dan lain-lain. Yang penting, uolls kena hargai diorang, Sebab Nabi Muhammad dah pesan, kena dengar cakap ibu 3kali lebih penting daripada dengar cakap ayah. Uolls paham disitu apa pentingnya mereka?? =)


p/s; Kita raikan ibu, mak, ummi, mama kita dengan cara kita sendiri... bukan sebab ianya 'Hari Ibu' tapi kita kan sayang diorang... why not kita raikan yang kita ada ibu, mama, ummi, emak yang secantik, secumel, sebaik ini????



Sekian~

Ahad, 1 Mei 2011

Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type

Salam ukhwah . .. . . .. . ..




Olla peeps, jom join segmen ni jap... (ekceli teman tatau nak buh N3 apa malam ni, masuk segmen oke gak, ye dak?)

Ada seseorang tu teman bebai betul dengan dia ni... sejak teman sebulan duduk dan kenal betul-betul dengan dia, dia selalu je nak cari pasai dengan teman.. mencik ! mencik ! tapi nasib teman ambil course Psikologi dulu, dapat lah teman terapkan nilai mempositifkan ape yang negatif lalu menggunakan taktik kesabaran yang diajarkan dalam agama Islam... Tapi der, sampai bila teman nak jadikan hati teman pekasam?? satu hati nanti pekasam kena goreng juga, ye dak? so teman nekad nak meluahkan perasaan tak puas hati teman ni kat dia... mencik ! mencik !
Teman tau dia tak dapat terima kenyataan yang dia ni bla bla bla... yelah, teman faham semua ada ego sendirik... tapi teman cakap kenyataan ni, oke?? nak teman cakap sekarang??? Ader brani??? Teman tak saba beno dah ni... nak sembur semua rasa dah ni.... dah sedia???

" Kenapa atok selalu buli Aimi?? "

*mencik ! mencik ! ~

Broken Heart Myspace Comments

Jumaat, 29 April 2011

IKLAN PERCUMA Untuk Blog ANDA


Kenapa anda wajibul qunnah pilih belog teman?? Meh sini teman nak kabo~ 

Pertama, teman rasa teman nak lebih kenal ramai lagi blogger dalam alam maya ni... teman nak blogwalking sorang-sorang tak larat der... der tolong teman voleyh?? (buat muka chumel)
Kedua, teman tau blogger yang lain memerlukan seorang blogger yang berbakat macam teman.. (ceh cam haremmm) so teman cadangkan kat brader yang ade wajah macho ni, silalah pilih teman... wajib !!!
Ketiga, jarang-jarang teman masuk segemen dan contest bagai, sebab teman rasa susah nak dapat tapi teman tau, dengan hati suci brader ni, teman ade can tepek kat blog brader tu...(cehcehceh, puji semangkuk ~)
Kelapan, disebabkan teman ni takde femes cam brader, wajiblah brader syorkan blog teman ni untuk di upgrade kan lantas dalam masa yang sama time teman di tepekkan dalam blog brader, teman ley kongsi femes brader jugak..tak gituw??? ='>

Eh, eh.. dah lapan dah lerrr !!~
Terlebih sudah.....   =P


p/s; aku just nak berkongsi cerita, bukan nak berkongsi derita... ade paham disitu... sukasukisuko~




Sekian~

Rabu, 27 April 2011

Kerja cam Robot

Salam peeps. . . .

Malam ni teman xde nak tulis panjang-panjang sebab teman penat dowh arini kerja dari pagi sampai malam..huhuuu..

Uolls da update blog uolls?pe cerita harini? give a link yang best dalam blog uolls kat teman oke, t teman study blog uolls...heheee...


p/s; minggu ni busy tak ingat~


Muuuuaaahhhhhhx!





Sekian~

Selasa, 26 April 2011

Jom Skodeng Blogger Lain !!

Kali ni teman saje join segmen ni sebab agak biasanya waktu-waktu cam gini teman takde idea nak buh title apa untuk update blog teman... Selalunya teman skodeng mereka  ='>


Wawa Lalat  <-- kecik cam lalat, bunyik pon cam lalat! hee


Sepet Sempoi <-- really nice tentang ceritera cintanya


Hiro <-- pesanan yang meratah sanubari remaja! hahaaa


Cik Hadiah <-- jiwa penuh dengan kata dunia! weee


Shuhada Chumel <-- indah bait kata-kata nya ! awww






p/s; bagus r segmen ni... berkenan..heee








Sekian~

Jumaat, 22 April 2011

Apek Punya Fasal

oke fine... bukan rezeki ak tu namanya..takpe, nanti kali kedua amik test doa banyak-banyak minta diberkati segalanya ya...


Pasni taley confident sangat, taley relax sangat... bukan selalu ko nak membazir, ye dak?? (huhuuu~)


Sabar je laarhh~





Sekian~

Sabtu, 16 April 2011

Kenapa Perempuan Cerewet

Salam ukhwah . . . . .

Dalam N3 ni, Hami nak jelaskan secara logiknya kenapa perempuan ini sangatlah cerewet. Sebenarnya, this title ni ada seseorang bagi kat Hami, memang pada mulanya agak meluap-luap jugak gunung berapi ni kan tapi as usual, teman ni kan positif orangnye (cewah, gedik jap) makanya wajib teman berfikiran positif dalam statement mengganggu iman teman ni, ye dak?

"Mama nak adik cari lelaki yang beriman tak tinggal solat lima waktu, sedekah setiap hari Jumaat, puasa Isnin Khamis, pandai jaga anak-anak dan pandai memasak untuk dijadikan suami adik. Kalau adik tak dapat cari macam ni, mama akan carikan."


"Sayang tak kira, sayang nak jugak anak patung color pink yang besar tu, sayang tak kira!"


"Abang pakai baju ni kena kemas-kemas, kena wangi-wangi... rambut ni ha, sikat kemas tau, haa tie tu sini sayang bagi betulkan.. Abang ni kena smart baru nanti kawan-kawan puji isteri jaga baik."


"Ummi nak Aiman belajar rajin-rajin, tak payah nak ngade-ngade tengok anak dara orang lagi, kumpul duit sampai senang dulu, tuntut ilmu tu sampai jemu pastu baru fikir tentang kahwin."

etc.

Uolls ada nampak apa isi tersirat dalam setiap contoh yang diberikan? ya, mungkin uolls yang girls ni paham apa maksud teman.. So now i think i should tell the truth to all man in this world why woman is so complecated.

Situasi Mama : See guys, betapa sucinya hati seorang wanita ni. Dia bukan risaukan zahir anak perempuannya sahaja tapi rohaninya juga. Ibu mana nak anak-anaknya masuk neraka? ADA?? meh bagi tau kat ak, nak check sikit mana something wrongnya ibu tu kalau dia tak ambil kisah tentang dunia anak perempuannya... Peeps, pandang seorang ibu ni sangatlah meluas melangkaui pandangan ahli engineer bangunan tertinggi di dunia or ahli saintifik yang mengkaji tentang alam semester. Kenapa ak cakap macam ni? See, for all future husband and daddy, ada tak uolls bersihkan rumah sampai bawah-bawah katil, bawah meja lipat, segala yang tersembunyi sampai bersih? And ada ke uolls bersihkan rumah uolls? uoppss... heheee~
Pandangan seorang wanita jauh lebih teliti dalam bidang-bidang ni.. kelebihan tu kan?

Situasi Sayang : Guys, teman tau uolls sangat suka menabur janji sakti uolls tanpa menggunakan sikit pun modal kan? Uolls sedar kah yang perempuan ini sangat teliti bab janji? ade uolls perasan? nah, amik kau bila mana sang kekasih sudah mula menuntut janji-janji romantis tak sudah kau tu... serve ur rite... HAHA~

Situasi Abang : Soooo sweet kan isteri ni. Sebenarnya semua isteri adalah sweet oke.. Kenapa? Apa yang pengalaman teman lah kan, nenek teman, mak teman macam mana pun pagi-pagi mesti bancuh air untuk suami dan anak-anak walaupun mereka tersangatlah busy pada waktu pagi (mandikan anak, siapkan baju sekolah anak, siapkan baju papa nye, kemas katil anak bersepah-sepah, mandi lagi pastu buat breakfast pula?) err.. hebat kan? To all future husband or yang dah title husband and daddy, perasan kah anda yang sebenarnya bila anda berkahwin, anda juga berkahwin dengan seorang fashion designer?? ade uolls kisah? tak pernah, ak 89% gerenti... How can lah kan, uolls tak terfikir macam tu, ish3... Yalah, memang lah kadang-kadang fashion designer uolls tu rekemen fashion cam pape je kan, uolls mesti paham yang maybe dia kehabisan idea ke kan..huhuuu~

Situasi Aiman : Ibu juga sangat mengambil berat anak-anak lelaki beliau. Kenapa? Sebab tu je anak dia ada, ye dak? Siapa lagi dia nak arah, takan suami dia kkoootttt.....hehe... Semua yang cerewet yang lelaki fikir tu sebenarnya sangat menguntungkan dia, betulkan? Bukan ke kalau Aiman dah ada duit yang banyak akan menjamin masa depan dia? even girlfriend yang dari sekolah rendah dah belah kawen ngan jantan lain tapi Aiman dah ada duit, hidup dia dah stabil so kenapa perlu fikirkan cerita lama, ye dak? Ibu ni dah fikir bagai dah wei, takyah uolls cakap dan fikir bukan-bukan... Bukan nak kata anak mak ke ape, tapi mereka lebih memahami kita, mereka lebih berfikiran matang makanya layaklah mereka memberikan cadangan sebegitu, ye dak?

Guys, i strongly believe that perempuan ni cerewet atas dasar untuk meningkatkan kualiti hidup kita, bukannya menjatuhkan lantas menjahanamkan lagi hidup kita. Jelas disitu?

Ada sebarang persoalan boleh lah di ajukan? ke uolls nak bantah? meh lepak kedai mamak kita discuss sama-sama, gerenti kebaboomm~

HAHAHAA~~


p/s; thanx mak ^^





Sekian~

Jumaat, 15 April 2011

Tips Mantap Tak Sudah

Salam ukhwah . . .

Baru-baru ni, ak asyik singgah blog ben ten ni je..powerful beb... ayat gempak, skema ayat steady, natural, dan tiada kecelaruan identiti gituw... ahakx~

Ni Hami kasi surat layang-layang sepatah dua kata (chapape ntah)

Dear Abe Ben Ashaari,
Terima kasih sebab sudi singgah blog ambe ni, ambe riang sekali cam iklan Ribena tu haa... syiok tak hingat kot.. Abe, abe sihat ke? (cewah bodek) 
Gini abe, selepas asyik JELAJAH blog abe, memang banyak input Hami dapat... Hami pun syiok sendirik kan, tak best lak camtu, ye dak? (tapi takpe, bukan slalu..huhu)... bagus cadangan segala abe Ben tu, Hami memang sekarang tengah dok belajar macam mana nak hidupkan blog ni... bukan nak traffic meningkat or apa kejadah tapi nak timba pengalaman dengan blogger kat luar sana.. 
Banyak betul tips abe Ben bagi, tak habis baca lagi kot tu...huhuuu... takpe dak, bukan hilang pon blog abe tu dak? heee~


Tu je la kot... sekali lagi, terima kasih daun keladi....ahakx~




                                                                                                                      Yang Benar,
                                                                                                                   Miss Hami Najat


* nah kau, sekarang ak perasan sorang2... sabor je ler...~



p/s; teringin bebenor nak tengok wajah isteri Ben Ashaari ni, mana tau kita saudara ka... mana aci sensored!!! HAHAHA~  :P


Sekian~

Jumaat, 8 April 2011

PJJ Part I

Salam ukhwah . . . . .Hiro
* fuyoh, dua N3 arini beb..huhuu *

PJJ doesn't means Pembelajaran Jarak Jauh.. kali ni PJJ adalah Percintaan Jarak Jauh...oke, ada paham? hee~


Zaman sekarang ni, semua orang lumba-lumba nak belajar luar negara (pehal ntah) maka semakin banyaklah hubungan terlarang ni digelar PJJ... Malaysia - Indonesia (bukan kes Lombok tu oke..), Malaysia - Thailand, Malaysia - Australia, and tak dapat dipisahkan Malaysia - Jepun.... ='>

Apa untungnya percintaan gaya begini?

- kesabaran
...uolls ingat tahap kesabaran 10 peratus boleh hidup ke kalau pasangan dia berjauhan..noo, nooo..noo...~

- keikhlasan
...kalau tak ikhlas, pergi mati awal-awal oke.. jangan nyusahkan hidup dok tunggu lama-lama sampai berjanggut girl tu and tiba-tiba si jejaka...
 " I ade awek gebu made from Japan now..u dah gemuk i tak shuker "..understood??err.. =_="

- kesenangan
...jangan paksa diri anda untuk sentiasa mengingati si dia yang jauh nun disana. Kita mana tau dia dok buat apa, ye dak? so just enjoy who are u now..peace~

- keseronokan
...siapa kata jarak jauh taley nak seronok-seronok? macam Hiro habaq, sekarang ada Myspace, Facebook, Skype n others untuk kita berinteraksi. so why not kita gunakan kemudahan dengan sebaiknya kan?

- keindahan
...bagi ak, percintaan jarak jauh lebih indah daripada cintan dekat-dekat ni. kenapa? Cuba uolls bayangkan, last uolls nengok tubuh sasa n muke kiut pasangan uolls adalah pada 20hb September 2010.. and uolls dapat jumpa dia pada hari raya kelima tahun ni.. Adakah uolls TIDAK teruja untuk melihat pasangan uolls??
*ceih, tipu tak teruja..tak sunat ag paa..~  =P



that's all for now..

p/s; i miss u....


Sekian~

Pakwe Aku

Salam ukhwah . . . . .

Lately, ak sibuk mentelaah blog orang lain, besen (timba) pengalaman dan ayat baru kot..hee... n i hope i will do the best N3 for uolls sambil-sambil ak dapat pahala kan,yelah sharing sumthing sumtimes ada keuntungan kepada kita juga cuma kita tatau banyak ke sikit habuannye kan..

Pakwe? what the meaning of Pakwe?

" Eerrr... ntah.. taktau...Makanan ker weih?? "


" Pakwe tu kan gelaran untuk lelaki. "


" Pakwe tu boyfriend, boyfriend tu pakwe..paham? "


" Pakwe tu gelaran untuk lelaki dalam pasangan kekasih. "


" Pakwe tu duit, kemewahan, belai-belai, teman lepak... and mungkin pak sanggup? "

HAHA~

See... macam-macam pengertian for this word.. Sekarang orang mana pakai "pakwe" dah, "toyboi" ade laa... err...ade beza kah??

Now see.. tayah tipu lah kata korang ni tak pernah nak rasai mempunyai seorang lelaki or gadis yang boleh dkongsi kasih n cerita bersama.. Masing-masing akan tertarik antara satu sama lain. Diri kita yang tentukan sama ada dia ni just a Friend or Fun or others rite?

Oke, yang tengah hot bercinta... i tell u sumthing that will happen to u guys.. hot tu macam air tengah mendidih, maybe dalam beberapa puluh minit je ley hot oke.. same as ur relation.. (boleh kata all relationship macam tu, mula-mula je syiok terangkat ye..) and then after a few years, ak gerenti relation tu cam 'boleh-boleh' jer.. its true.. Why its happen like that? Biasalah, lumrah manusia dah takde idea nak kembangkan relation tu camne dah kan... HAHA~

And sumtimes ada girl or boy (xpecially girl la) bila dah lama dengan their relation kan, diorang akan terfikir " Depa ni jodoh aku ka?" and then " Asyik-asyik gaduh, boringlah dengan u nih!"...
See guys, nobody same.. kembar seiras pun selalu gaduh ape... Sumtimes, bila kita kerap gaduh, thats might be u're wrong, (ala, ape salah rendahkan EGO mu itu sikit...belajar tentang diri sendiri takde rugi ye..) Tu Islam suruh kita rajin MUHASABAH DIRI. kan?

Lets see... now u r happy with ur partner or couple rite? Owh yeaaahhh.. JANGAN TERLALU GEMBIRA gedik-gedik sangat ye.. tayang ur couple everywhere... fesbuk muka dia, maispes muka dia, frenster muka dia..eeuuuwww.. nyampazz~
Orang cam gini, kejap je lah gembiranya sebab ak rasa ramai tengok nyampah then tak doakan kebahagiaan diorang..huhu.. 'macam nenek kami cakap, jangan syiok sangat nanti nangis'... =">

Jadi sekarang, dapat point dah? Apa uolls blajar dalam N3 kali ni?? anda fikirlah sendiri... ^^


p/s; Cinta jarak jauh? will be rite back~



Sekian~

Jumaat, 28 Januari 2011

Poligraf a.k.a Lie Detector

Tadi lepas Hami tonton Malaysia Hari Ini, tiba-tiba hati berminat pula tentang detector ni. Bagus amat yah! ^^

Betullah, ada serba sedikit Hami belajar kat kelas dulu tentang poligraf, tanda-tanda orang menipu dan reaksi penipu. All the time, bila Hami aplikasikan teori ni dekat makhluk tertentu, pasti ianya berlaku and at the time pastinya diriku dapat mengetahui bahawa makhluk tu sedang berusaha menipu Hami yang suci lagi murni ni..ahakx~
(abaikan)

Ada banyak petanda yang uolls boleh tahu yang that person sedang menipu anda. Lazimnya, bila somebody tu menipu, secara fisiologinya kita dapat melihat perubahan yang akan berlaku.  Let I tell u guys... =)


1.Hands touching their face, throat & mouth. Memang ini adalah yang paling ketara kita boleh tengok dekat penipu itu. Dunno why. And almost the time, the faker will always touch their nose. Menggaru-garu kepala yang tak gatal pon terbabit juga oke. (tapi ada sesetengah orang akan garu-garu kepala sebab dia tak paham soalan)


2. Eye contact. Lazimnya penipu ni akan cuba 'melarikan matanya' supaya tidak bertentang dengan mata si pemerhati. Mata dia akan berkeliaran macam tak senang duduk dan gelisah. but sumtimes, dalam suatu keadaan, si penipu akan melihat mata si pemerhati untuk melihat pula reaksi  si pemerhati bila dia sedang berusaha menipu. means disini, dia pulak la nak psiko pemerhati sekarang kan...haha...loser~


3. Cepat berpeluh. Tapak tangan akan berpeluh. ni reaksi fisiologi badan penipu tadi.


4. Saliva berkurangan, tekak kering akan dirasai penipu. 


5. Tingkahlaku tidak sama dengan kata-kata. Sumtimes ada orang kata "Terima Kasih" sambil memberikan senyuman rite? At that time, kita bole tengok dia ikhlas ke say "Terima Kasih" tu, kita tengok senyuma dia. Uolls rasa ikhlas ke??


6. Fake emotion. Kekadang tetiba dia gembira, sedih dan ketawa. Tapi kita boleh tengok kan? ini bukan instinct tapi realitinya muka si penipu sendiri telah menunjukkan bahawa dia menipu, rite?


7. Statement liar ni lazimnya ingin memberikan kita penjelasan yang sangat dalam. 
contoh; "Awak dah ada boifren?", "Tak, saya takde lagi tapi dulu saya pernah ada boifren, tapi sekarang saya benci dia, dia jahat, bla bla bla".


8. Terlalu menjaga bahasa yang digunakan. Liar ni memang akan berhati-hati dengan apa yang akan ditanya oleh si penanya. Jawapan yang akan dikeluarkan sumtimes agak lambat untuk dikeluarkan (yelah, kena pkir dulu jawapan yang betul kan..) then grammar diorang sangatlah teratur... damn! =P


9. Degupan jantung mendadak naik. Yelah, dada kencang apasal kan if u tak bersalah kan... 


Fakta : 55% communication adalah non-verbal communication dan hanya 7% adalah verbal communication dan 38% adalah bergantung kepada intonasi suara kita seperti getaran pada suara, volume suara dll. so adalah sangat terbaik if kita memahami non-verbal communication, besides sumtimes verbal communication juga adalah tipu. haha... complicated betul manusia ni kan??  =)




 Uolls rasa fake ke camni??




Sekian~



Isnin, 24 Januari 2011

Ciri-ciri Kawan Sampah

Salam ukhwah peeps sekalian..hee~


Kawan ni banyak jenis kan..so daripada aku membebel tak tentu fasal..jom cekidaut SIAPA KAWAN SAMPAH ni... (if uolls rasa macam ade je sangkut satu dua ciri-ciri tersebut, sila ambil kisah oke...) huhuu~

1. " Siti, baju aku lawa kan?" 
- this person, sila jauhkan sebab dia ni kaki nak ambil perhatian orang..hmm..maybe dia tak dapat kasih sayang yang sewajarnya time kecik dulu so dia sedaya upaya 'merampas' perhatian uolls.. abaikan je makhluk camni...

2. " Sayang...sayang sayangkan abang tak?"
- perghh.. ini lagi bahaya... ayat jenis camni mengatakan dia nak 'sesuatu' dari anda... lebih hard lagi my answer is dia mahu anda punya tuuttt.... 







HAHAHAAA~ 
(kiddink)







3. "Eh, suka hati aku lah nak buat ape pon"
- tu maknanya tak guna kawan dengan dia..bukan ke kita berkawan ni maksudnya saling menyayangi, membantu bukan membatu, menasihati, kongsi pakaian tudung segala makanan kan... kalau cam gini ape pekdah nye?? sila jauh-jauhkan...huu~

4. "Ko tau, aku pernah je tengking ayah aku" (dengan muka riak lahanat)
- Just imagine, bapak dia pon boleh dia tengking, uolls nak kawan ke dengan makhluk cam gini? urghh... jauh oke!!

5. "Beb, jom lepak dengan laki hensem cam Johnny Depp tu nak?takpe, aku dah kenal dia sehari lepas" 
- uolls nak kena hancuq try lah kawan dengan sampah ni...kawan ajak lepak kat masjid sambil lawan tarunum ke, ngaji sape banyak hafal surah je takpe jugak an...(macam la aku baik..haha~)  =P

6. "Takpe, makanan ni takde saper punya pon, blasah jom!"
- hotak dia lah..bukan ke makanan tu nanti jadik darah daging kita? Haram kot beb... jangan... kalau kelapaq sangat pon, mintalah kebenaran tuan punya dulu, oke? =)

7. "Pensel hang pensel aku jugak kan"
- kang jadik "Bf / Gf hang, bf / gf aku jugak kan"....hahaha...tapi tak kisah sangatlah kalau nak pinjam pon kan...buat harta sendiri alamatnya kena cepuklah kan...huuu~

8. "Wei, aku lupa mana letak buku hang tadi lah..jap nak ingat", sambil garu-garu kepala pandang kiri kanan depan belakang atas bawah.
- Like a donkey manusia macam gini... Hati dah banyak baik dah ni p bagi pinjam tuptup hawaq ni p agi hilang pulak...dahtu time tu kita ni urgent sangat nak pakai benda alah tu kan... tak ke rosak bahasa kita masa tu?? segala benda dikeluarkan contohnya ")(&*&", "$#%$"; dan lain-lain (maaf, perkataan itu adalah dilarang di dalam blog suci ini..hee~)

9. "Timah, hang p masuk bilik aku, tengok dekat atas katil ada duit dua kupang pastu hang amik bawak mai kat au naa, aku nak pakai"
- tak ke macam shit je kawan macam ni... sedap je main suruh-suruh..baru jadik kawan dah pandai suruh-suruh nak jadi PM konon, konpem hancuq negara tu kan?

10. "Eleh, mu tu Echoh buke gemuk taro mano pom, hite jah mu nih..."
- Sila jauhkan diri daripada berkawan dengan orang macam ni sebab dia akan menjatuhkan air muka anda..(haha...ni tabiat aku) dan dia juga akan menjatuhkan motivasi diri uolls... watch out!!~


Tapi kadang-kadang kita kena kawan dengan sampah camni..sebab kita dah takde kawan...hahaha...desperate rite!! SUMTIMES bole lah...just kawan its oke... tapi tu lah kan, mana nak cari kawan yang semulia A'aisyah akhlaknya dizaman ni kan.. haram je moden tapi sampah bersepah-sepah...sorry to say lah kan, tapi semua kebaikan dalam zaman ni kebanyakkannya adalah hipokrit semata-mata...
Abang pemuda salam siap peluk cium lagi Bapak Haji ni.. (yelah, dia kan ada title 'Haji')
Sue asyik bermekap nak tutup jerawat sebab nak tayang lawa muka kat semua laki dalam dunia.. (bedak seinci tu tak ke hipokrit)
Peah kemas rumah bila ada orang datang rumah... (bila orang tak datang rumah, agak-agak macam mana rumah dia yer...)
Dll

Masa aku praktikal, selalu yang aku tanya dekat bekas penagih, kenapa menagih dan macam mana boleh terjebak dengan dunia penagihan ni, PASTI diorang akan jawap; "sumer ni saya ikut kawan, cik", tak pon; "ni kawan saya la ni, ajak saya pergi pub, dia kata taruk sikit saja cik", takpon; "alah cik, kawan saya ajak, so saya try lah"... (tak ke semua tu jawapannye bodos belake??)


p/s; cari kawan dengan mata hati, bukan dengan mata retina...huhuu~



Sekian~

Jumaat, 21 Januari 2011

Jumaat, 23 Julai 2010

Durian Nenek

Bila musim durian je, mesti ingat kat arwah nenek..rindunya kat dia..huhu.. Dulu masa arwah nenek ada, nenek selalu 'blanje' anak cucu dia makan durian masa musim durian...nenek aku ni ade pokok durian banyak kat Tebuk Panchor, kat Semanggol...


Depan rumah nenek ada parit..best woo bila time raya, semua adek bradek, pak menakan, tok menakan semua turun parit sampai kembang badan ni..hehehe.. Untungnya bila musim raya adalah musim buah..perghhh.. Tersangatlah seronok kami anak cucu nenek ni.. sambil berendam sambil tu makan buah ramai-ramai dalam air...

Aku ingat lagi, tepi parit tu nenek ada tanam pokok tebu ungu..sampai je rumah nenek, mesti ade pokok tebu jadi mangsa kami..hoho..Yang bestnya, pokok tebu tu lagi banyak kami amik, lagi banyak lak menjadi...berkat la tu... ^^

    ( This is Tebu a.k.a Sugar Cane plant)


Rindu betol kat nenek..nak buh gambar nenek takde lak..haish..tapi gambar dia muda-muda ade lah..ehehe
  ( Nenek saya sebelah kiri anda.. Arwah Datok Wan saya ada 2 Bini)

Lepas nenek meninggal, kami ni macam takde kampung kot. Tok menakan pon dah jarang nak balik, dulu ye lah diorang balik sebab ade nenek kann... Sekarang kami jumpa time raya (kadang-kadang) tak pon time kenduri sesape kawen je...hmm..rindu masa kanak-kanak dulu.. Boleh main dengan pak menakan, ala-ala manja gituw (orang takde kakak abang la katakan)..huhu.. Pokok durian pon dah merajuk, takde sape nak tengok 'dia'.. Sekarang semua pokok dah mati, semua dah takde hasil... Rumah nenek, tok sewa kat orang kampung situ... Takde kenangan rasa, susah lak nak rewind balik memori...nape eh...haish..~

Sekarang, bila rasa nak kenang memori lama kanak-kanak dulu, aku n sepupu aku g lah rempit area kampung aku kat Semanggol- Tebuk Panchor- Bukit Merah tu...kurang lah sikit rindu tu kann... Tapi banyak dah berubah, parit pon dah macam takde sape nak rendam kot, bajet kotor je tengok...ish3...

Korang tak rindu kat nenek korang ke? Aku rindu giler diorang kot.. Nasib baik la aku ada lagi atok, tok n opah kat kampung tu..boleh gak aku manja-manja ngan depa.. Sayang diorang banyak-banyak..hehe..


Sekian...~

Selasa, 20 Julai 2010

Soal dan Jawab Part II



Fill out this fun Would You If Your Partner Asked You..??


Go vegetarian?
== boleh jer...  =)
Appear on national TV?
== xpe... jom3..hehe
Break the law?
== i like it..jom buat ramai2...ahaha
Change your Religious beliefs?
== meh r, pancung nak..????
Give up your favorite food?
== taley la der...nama pon faverat....hehe
Get plastic surgery to change your appearance?
== syuhhh..syuhhh...tamo3..!!!
Wake up early every day?
== boleh...jom r bangun awal skali..ane aci eden jew...hoho
Watch Really Scary movies with them late at night?
== xpe r...janji berteman...syiok3...  ^^
Support their favourite sport Team no matter what?
== bole jew...janji support i skali eh..~
Change your friends you hang out with?
== ntah..tgk friend ape jenis dlu kot...hoho
Get rid of all your Tattoos?
== cerai r talak 3...tamo3..!!
Give up Swearing?
== ade ke??uishhh..taley3...
Quit Smoking?
==alhamdulillah die x smoking...  ^^
Skip the annual ofice party?
== tgk sbb dlu..~
Give up buying branded products to save money?
== bole3...hehe
Be a stay-at-home parent?
== owh NO..!!!!!
Live in the same house as your in laws?
== urghh????
Have 5 children?
== tgk dlu, anda mampu ke..??


Sekian~

Isnin, 12 Julai 2010

Inventori Psikologi Dalam Gaya Bercinta

tadi aku ada amik test dalam inventori gaya bercinta ni..hehehe... tu lah, senior aku paksa kot. dia panggil aku jauh lagi..hehehe.. tapi takpe, kurang-kurang dia ingat aku kan3...hehe

Okey, sekarang biar aku bagitau apa yang aku belajar dalam inventori ni. Dalam test ni, individu tu kena jawab beberapa soalan n lepas dah penuh semua jawapan akan dikira n kami akan tengok yang mana majoriti makanya yang tu adalah gaya bercinta individu tersebut.. Ada enam jenis gaya bercinta iaitu ;-

1) CINTA PERSAHABATAN - STORAGE

Individu dalam gaya ni taley bercinta sesuka hati je...dia punya stail, kena kenal dulu baru ley bersahabat dan bercinta. Lazimnya individu dalam gaya ni akan ada persamaan hobi atau apa-apa aje ngan pasangan dia, n mungkin sebab tu sangkut kot..hehe
Cinta pada individu ni jugak tak datang secara mendadak, cinta dia datang perlahan-lahan...yalah, sesi perkenalan lah katakan..hehe... so pencinta ni akan mengambil masa yang lama untuk menyintai seseorang itu, oke?


2) CINTA ROMANTIS - EROS


Individu dalam stail ni lebih kepada tarikan fizikal yang kuat dalam pertemuan pertama dengan pasangannya...individu ni jugak fikir Cinta ni sesuatu yang sangat tinggi nilainya, kira darjat Cinta ni tinggi lah...dan mereka ni jugak lazimnya lebih cenderung untuk mewujudkan satu identiti dengan pasangannya. Contohnya lah, kan sekarang ni banyak stail baju yang untuk couple makanya individu dalam gaya percintaan ni lazimnya akan membeli baju couple ni then pakai dengan pasangannya...waahhhh...~
Lazimnya, tarikan dan pengaruh sosial yang akan menyebabkan pengamal stail ni tertarik untuk melakukan hubungan dengan seseorang tersebut.


3) CINTA PERMAINAN - LUDUS

Kesimpulan kepada pengamal stail ni adalah CINTA PALSU lah..hehe..
Hubungan mereka dengan pasangannya lebih bersifat main-main dan tidak serius dan tidak mempunyai rancangan untuk jangka masa yang lama (senang kata nak jadi pasangan sampai ke tua tu takde laa...)... pengamal ni juga umumnya memiliki lebih daripada satu pasangan...(dah nama pon main-main kann...)hoho..


4) CINTA LOGIKAL - PRAGMA

Sebab pe wujudnya orang kahwin lambat..?? haa...mungkin individu tu tergolong dalam stail cinta ni..mereka ni lebih cenderung nak pasangan yang Mr. or Ms. Perfect...!! bahaya tu beb..mana ada orang sempurna kan...hohoho..
pasangan dia lazimnya mesti ada ciri-ciri yang dia nak..huhu...(payah weiii..~)
Mereka ni jugak sanggup tangguh perasaan cinta sebab mereka nak konpemkan betul-betul dulu adakah itu pasangan yang terbaik untuk mereka dan kemungkinan dia sanggup berpisah sebab nampak ada lagi baik plus power plus bagus lagi dari sebelum ni..perghhh..~


5) CINTA PENGORBANAN - AGAPE

Individu dalam stail cinta ni lebih kepada membantu pasangannya dan melakukan yang terbaik untuk pasangannya. Mereka ni sanggup menderita sebab nak bagi pasangan mereka bahagia. Mereka juga sanggup ketepikan cita-cita atau hobi atau minat atau apa-apa saja yang disukainya demi cintanya kepada pasangan..(perghh..cam novel la plak...hehe)...
Bagusnya individu dalam gaya bercinta ni, mereka ni penyabar...baguslah bab ni tapi itulah sanggup bahagiakan pasangan tanpa mengira kebahagiaan diri sendiri tak bagus gak snanye untuk diri sendiri... Mereka dalam golongan ni jugak biasanya akan bersikap terbuka dalam pemilihan pasangan untuk bercinta sebab kemungkinan mereka ni banyak bersabar kot..hehe



6) CINTA KEPUNYAAN - MANIA


haa...yang ni sapa dapat individu macam ni memang parak lah...hohoho... Mereka ni adalah pengamal cinta yang memiliki sifat cemburu yang kuat kepada pasangannya...sebabnya mereka ni asyik nak berkepit dengan pasangannya sahaja... dah tak fikir benda lain dah kot...hehe
Bagusnya individu ni, mereka nak melakukan segala-gala urusan atau aktiviti bersama-sama pasangannya...haha...jap2, bagus ke tu..??ehehe... Mereka juga lebih bersifat mengongkong, perasaan ingin tahu yang mendalam terhadap setiap pergerakan dan aktiviti pasangannya dan sebagainya yang bersifat ingin berkepit..hehe.. Kesimpulannya, mereka ni akan menjadi beban kepada pasangannya dan orang sekeliling yang melihat dan mendengarnya kerana mereka lebih bersifat mementingkan diri sendiri tanpa mengira keselesaan pasangan dan alam sekitar.




Setelah korang membaca gaya-gaya bercinta tersebut, agak-agak korang dibahagian mana..??hehe..anda jawablah sendiri yer...
Aku pon dah jawap soalan tentang inventori ni makanya aku dah tahu stail apa ak bercinta... Kalau korang nak soalan tentang inventori ni, bagitau lah ea..nanti episod akan datang aku buh la...tapi ada syaratlaaa....hehe...tu pon kalau ramai nak soalan inventori ni, baru aku buh dalam blog aku, oke? ^^
Apa-apa pon kita mesti ingat semua orang ada kelemahannya, kita kena sentiasa jujur dengan pasangan kita. Kalau benda yang dilakukannya tu cam ase akan menganggu hubungan kita, lebih baik kita berterus-terang saja... yalah, untuk kepentingan bersama jugak kan... dia pon bertambah baik, kita pon bertambah selesa kannn..hehe...
Akhir kalam, hargai diri anda dan pasangan anda....



Sekian..~

Jumaat, 28 Mei 2010

Meaning of Frangipanee to Me

Pernah pergi kubur orang islam..?? ada korang prasan tak pokok apa yang slalu dtanam kat tapak perkuburan?pokok pandan?serai?pokok kelapa? ngee~~
kalau korang perasan, ada satu pokok bunga yang slalu ada kat tapak perkuburan yang bunga ia putih ala-ala kuning sikit pon ada, merah jambu pon ada sikit...korang prasan tak..??

haa...tu la nama nya bunga kemboja..tau ke..? ke baru tau..? ngee~
macam ni ke bunga yang terbayang-bayang dalam kepala korang..??



Plumeria atau nama umumnya Frangipani ni kalau kat Malaysia panggil bunga kemboja.. (aku sendiri tak paham camne nama seindah frangipani ditukar jadi 'Kemboja'.. mungkin asal peneroka dari Malaysia petik bunga ni kat negeri Kemboja kot... ntah la... hehe)
Tapi selepas aku kaji tentang spesies bunga ni dalam google, baru la aku dapat tau mana datang nama 'Kemboja' itu..

"Nama umum 'Kemboja' berasal dari sebuah keluarga bangsawan Itali, Marquess abad keenam belas yang mencipta perfume beraroma Plumeria. Banyak juga penutur bahasa Inggeris hanya menggunakan nama genetik 'Plumeria'."

(Wikipedia Plumeria)



Pokok bunga jenis ni kebiasaannya akan ditemui di tempat-tempat perkuburan sebabnya kepercayaan orang Melayu mengatakan hantu terutamanya macik pontianak memang sangat gemar duduk atas pokok ni.. (mayb dia pasan cumel cam bunga nie kot..) dan untuk pengetahuan anda, bunga ni akan bertambah berganda-ganda bau wanginya pada waktu malam.. maka, sekiranya anda sedang syiok jalan kat tepi tapak perkuburan dan tetiba korang ada bau wangi, janganlah korang gentar..( wah gentar..~) sebabnya bunga ni adalah punca segala ketakutan yang tak munasabah tu.. aku cadangkan korang suluh la lampu kat tapak perkuburan dan perhati ada tak pokok kemboja ni.. kalau takde, barulah korang pecut 100km/jam oke..? hehehe

(macam ni salah satu jenis batang pokok kemboja ni..)

Mak ayah aku pernah tanya (lama dah..) kenapa aku pilih nama 'frangipani'.. apa maksud 'frangipani' dan mereka agak terkezut bila dapat tau maksud 'frangipani' ni.. korang rasa kenapa aku suka nama 'frangipani' ni eh..?? (cuba menimbulkan persoalan..)
Sebenarnya aku bukanlah taksub sangat dengan bunga kemboja ni (kemboja..??cam pape ntah nama nie..)hehe.. pertama kali aku dapat nama 'frangipani' ni masa aku blajar subjek Sains kira-kira zaman kegedikan aku kat skola dr burhanuddin dulu.. macam 1st love, aku tengok je nama saintifik ni terusku jatuh cintan.. wee..~~

Dah aku jatuh cintan dengan nama ia,takan aku tanak kenal dengan rupanya kan..???
makanya aku pon mencari-carilah segala spesies 'frangipani' ni.. bertambah lah aku jatuh cintan apabila warnanya berkaitan dengan warna kegemaran aku.. perggghh... macam 1st kiss kowt... haha ;D

Kalau korang perasan, yang selalu ada kat tapak perkuburan tu ada dua warna; putih susu pastu dalam warna kuning, kan..??
Dengan rupanya ngan warna yang simple n lembut tu, makanya aku isytiharkan aku suka bunga ni.. (aku tak kata aku tak suka bunga lain tau..hek)

Aku, yang gemarkan keringkasan memang konpem akan jatuh cintan jugak kepada keringkasan. kelopak bunga yang tak serabut tu (takat 5 kelopak tu..) aku selalu lukis bila masa aku keboringan.. (orang gua musang oyak 'juak') hehe.. mungkin dah sebati dalam diri, maka tiap nota aku pasti ada 'logo frangipani' yang ringkas ni...hehe :)

Kenapa Frangipanee..?? sebab aku sukakannya, simple tapi wangi dan indah...
korang pulak suka bunga apa n sebab apa korang suka bunga tu..? mesti ada sebab dan kenangan tentang sesuatu yang kita sukakan tu, betul tak..??

Sekian..~