Isnin, 9 Jun 2014

Acute mood.

Kali ni kencang,
Angin barat datang,
Angin timur tetiba nak join jugak,
kemain aku kena hempas,
puas aku bergelut,
ntah sampai bila aku sendiri tak tahu.

Angin kali ni lain macam,
kejap-kejap sejuk,
kejap-kejap panas bahangnya ya Rabbi, tuhan saja tahu.

Jenuh aku rentap pokok yang berhampiran,
yang dapat pun ranting je,
sikit lagi nak patah,
takpe, aku capai pulak pokok lain,
mana tau ada yang aku capai boleh selamatkan aku.

Pasir masuk mata,
kedip-kedip kelopak mata aku,
nak sapu takut luka,
aku biarkan aje,
berair mata.

Aku toleh sebelah,
ada jugak makhluk macam aku,
tapi dia lain,
peluk erat satu dahan,
besar dahan tu,
dengan tenang dia gagahkan jugak layan ribut tu.

Aku toleh sebelah lain,
eh!
melayang sorang tu,
uish!
bahayanya aku pun tak tahu,
kemana dia menuju,
terus ditelan angin monsun tak menentu tu...

Takpe,
angin ni kejap je,
esok-esok okey lah tu.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan