Rabu, 18 Disember 2013

Dulu atau sekarang.

Semalam punya cerita, sampai sekarang aku fikirkan benda alah ni. Perbualan yang tidak disangka, ya, aku tahu dia pasti memberikan aku impak yang sama, yang dulunya aku tidak suka. ayat mak aih bombastik gila bila dia cakap. Aku menyesal belajar psikologi bila sembang dengan makhluk ni. LOL~

Aku bukan yang dulu.

Dialah kata....

Pedas menusuk ke dalam kalbu aku. seriously terkesan. gua makin sendirian. ternganga apa yang harus aku lakukan.

Aku takde arah, sedang mencari sesuatu...

Dialah kata....

Memang sejak aku sedar aku makin dewasa, aku semakin mencari apa yang sebenarnya aku mahukan. Ya, betul kau kata aku sendiri tak tau apa nak jadi bila masa depan aku nanti. Aku bukan jenis yang merancang. Jujur aku bukan manusia yang berstruktur. tapi aku tahu dengan Siapa aku perlu bergantung.


Salahkah aku jika isi hati aku susah untuk diluahkan dalam bentuk perkataan? sedangkan semuanya bukan perlu untuk diwaraskan. pengalaman mengajar aku erti kefahaman.

Oke dah, nak sambung buat statistik lab. jap lagi kena hantar. hahah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan