Sabtu, 12 Januari 2013

Media Baru

Salam ukhwah . . . .. .. . . .. .. .. . . . .. . . . . ..




baru sat tadi, teman tonton youtube matluthfi dan anwarhadi jawab tentang persoalan-persoalan orang separa tua zaman kini yang menyoalkan tentang pemikiran orang muda kini yang makin berkembang maju ke era globalisasi (ewah bajet~).. keh3... maafkan saya, jika terkasar bahasa...

bukan apa, nak sokong mana-mana, tua atau yang muda, tapi jelas lagi nyata, kita sewajarnya bergerak bersama, maju ke hadapan, tanpa melangkaui sifat-sifat orang tua yang sememangnya memerlukan adab kesopanan dan kesusilaan. bukan teman nak bajet baguih tapi well, semua ada otak masing-masing untuk berfikir... kita luahkan pemikiran kita dengan cara yang baik dan berilmiah, so orang akan fikir, kita beradab... jangan gunakan bahasa kurang adab bila berdepan dengan orang yang lebih tua daripada kita. 

Jelas, kadang-kadang orang muda terleka dengan apa yang dimilikinya, hasil jawatankuasa sesetengah jabatan dan program yang ada, riak atau mungkin sukar untuk mendengar luahkan kata hati orang biasa sudah tidak dipedulikan. ya memang luaran nampak didengari, dalaman siapa yang tahu, belakang lagi, cit cit cit cit.....~ 

Media baru kini memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi anak muda sekarang. dah, siapa suruh depa cipta gadget power kasi mudah anak-anak, dapat info dihujung jari sahaja... jangan salahkan anak muda sekarang, sebab kini, bukan sahaja media elektronik seperti tv dan media cetak seperti surat khabar aje yang boleh diteroka, tapi, click saja butang power on gadget, semua boleh dapat.... apa pun boleyyy~~~


p/s; orang muda diam tak bermakna depa taktau apa-apa... we have two eyes to see who are you... and think what should we do... peace~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan