Khamis, 20 Disember 2012

Teori Cinta

Salam ukhwah . . . . .. . . . . .. . . . . ... . . . .... . . .. . .. .. . . .. .






Layan ini budak sambil baca N3 kali ni... peace yoww~






Abang, saya demam... (ewah, gedik mintak penendang~)




Topik hangat dalam kelas psikologi sosial tadi, adalah berkaitan dengan LOVE atau orang Parit Buntaq kata, cinta.... harini teman nak post N3 bajet ilmuan negara yang diiktiraf... biaq pi la kat ceq nak perasan saattttt~~~~

Macam biasa, ada banyak definisi cinta bagi yang mengenali apa itu cinta, apa rasa cinta, dengan siapa kita bercinta dan sebagainya. Pencerahan yang pensyarah teman bagi kali ni, menurut TEORI CINTA dalam bidang psikologi, cinta adalah sesuatu yang berkaitan dengan perasaan rela, bukan paksa rela, atau sukarela tapi perasaan emosi yang indah yang tidak mengongkong pasangan tersebut. haish, complicated ke ayat teman tu? kalau tak faham, google translate naa~ LOL~

Tadi, ada sorang rakan kelas teman dok cuit teman, " baguih hang noh, bagi kebebasan kat pasangan hang, aku tabik kat hang'... pencerahan kat sini, teman rasa orang tak kenal siapa kita, tak boleh menilai kita sesuka hati. yelah, teman sebagai seorang pelajar perempuan yang belajar psikologi, adalah seorang yang apply segala macam teori yang ada dalam psikologi tu. kesian abang saya.. hehehek (lantak~) Sejujurnya, masing-masing mempunyai cara meluahkan perasaan cinta, ada yang penuh dengan madah, ada yang kreatif bunga bagai, ada yang ngedate setiap ketika, ada yang wat dunno saja.. terpulang... selagi ianya tidak memudaratkan kita, teruskan cara luahan cinta uols.. hanya uols merasai nikmatnya cinta tu...

Pencerahan lagi kat sini, dalam teori cinta ini, bukan nak cerita kisah cinta antara si teruna dan si dara saja tapi ianya melibatkan segala hal yang berkaitan dengan cinta. Cinta pencipta kita, cinta ibu bapa kita, cinta sahabat kita, cinta ilmu kita, cinta situasi kita dan sebagainya. Cara kita meluahkan dan menghargai cinta tu, kita kena kreatif. Jangan disebabkan orang lain, kita tak bercinta. Jangan serik untuk bercinta. Jika takut untuk jatuh cinta, pegang hanya pada yang Esa, pasti tidak memudaratkan kita.

Malas teman nak bajet sasterawati sangat dah~

Teman terfikir, kenapa bila kita bercinta, kita hanya menadah tangan, meminta cinta diberi, bukan kita yang memberi tanpa jemu. Kenapa ek? ada jawapan kat soalan ni? Ramai yang teman nengok, bila bercinta, tak kisah la dengan siapa pun lah kan, pasti ada aje alasan yang membuatkan teman macam 'herrkkk???'... boleh faham kat situ? huhuuuu~

Teman suka orang cara camni.

Situasi Hendon,

" I akan usahakan segala macam cara untuk luahkan apa sebenarnya rasa cinta dan kasih I kat you. Lantak lah you nak peduli ke tak, yang penting, I dah luahkan betapa saktinya cinta I kat you."

- ewah drama melayu sesat jap~

Situasi Mimi dan Momo,

" Aku sayang persahabatan kita Momo... aku taknak sebabkan Mumu, kita berasa terasing. Jangan disebabkan Mumu, jalinan persahabatan kita hancur musnah. Mumu adalah Mumu. Kita adalah kita."


Kesimpulan, bila dah pandai bercinta, biar pandai tidak berkira... bukan tak reti kira tambah tolak darab bahagi, takk... tapi tak reti berkira, rasa kasih cinta sesama kita. Kenapa kan, kita perlu berkira dengan orang yang kita suka atau cinta? Pelik bin ajaib benau teman rasa... That's why, bila kita rasa betul-betul nak bercinta dengan khalifah Allah kat muka bumi ni, kita kena ikhlas... Jangan nanti, bila dia jauh dari kita, banyak benda yang kita ungkitkan, banyak benda yang disalah ertikan. Jangan complicated'kan benda yang simple. Make it simple as you can. 





 p/s; tamau demam, iols nak holiday! huhuhu~
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan