Salam ukhwah . . .. . . . . .. . . . .. . . . . ..
Salam muhibah, salam selesema berdarah. LOL~
Tahniah la, teman rasa, holiday kali ni sangat tak selesa, dengan demam selesemanya, dengan telinga bengangnya, dengan poket keringnya, dengan tiada suami disisinya.. eh eh?? oke stop, mengarut dah~
Harini teman nak cerita kejadian yang ohsem tapi lagi ohsem bila sihat wal afiat. (kafarah dosa banyak sangat ni, insya Allah). Nak diceritakan, hari sabtu lepas (22hb12) ritu teman dan keluarga pergi ziarah saudara lama, Hang Tuah and the geng kat negeri Melaka. Yang musykilnya teman, time ada kat Melaka, kenapa taktau mak teman kempunan benau (sempena p Melaka, kena cakap perkataan Melaka sikit..heh) dengan ikan bakau. tak paham nau~ eh? betul ker weh orang Melaka, kalau teman salah cakap, habaq naa..

Lepas tu, esoknye, semangat nak daki Gunung Taming Sari (tipu tak wujud) tapi malangnya ada masalah teknikal kat 'gunung' tu, so weols punya lah beratuq 1/2 jam tup-tup weols tak dapat naik. hampas sekejap... Ayah dok bobei-bobei komplen sana-sini, teman macam biasa cover macho, teman cool jer sampai sudah... ewah~
biasalah, musim cuti ni ramai orang kemain~
Hilang punca perjalanan, mak teringin nak naik bas LONDON yang sumpah teman rasa kesian gila dengan bas tu, tua dah weh... tapi disebabkan teman ni anak mithali (eh??) so teman akur ajer ape kehendak diorang. teman cadangkan, kalau naik bas London dua tingkat tu, janganlah uols duduk seat belakang tingkat bawah, kat situ enjin bas, sumpah merekah bontot uols duduk sana. sumpah tak tipu! LOL~
Oke, satu je harapan teman, supaya boleh jenjalan lagi sekali kat Melaka, dengan ada pemandu pelancong dan time tu, teman sihat dan poket pun sihat kepuk-kepuk sihat.. hahaha.. boleh paham kat situ?
Kesimpulan tentang orang Melaka, pakwe-pakwe kat sana chinese look eh? ke teman jer yang ada rezeki jumpa dengan chinese look ni? hehehee.. haa, 1 lagi, orang Melaka suka makan rebung masak lemak ke weh? bersepah teman nengok kat kedai makan nuh, rebung saje... abang iols mesti suka g Melaka, sebab ada rebung masak lemak..keh3~ =)
Kuih Piring hilang bosan dalam kereta~
Jumpa lagi, Melaka~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan