Semalam teman ada ikut seminar "Kenapa Bunuh Diri?" kat satu ipt ni.. agak menarik tajuk kat situ, dengan penceramah yang wow, perunding psikiatrik daripada sebuah ipt yang gempak, dan tanpa segan silu teman join kengkawan yang lain ikut seminar ni.
Satu je teman nak tekan kat sini, yang takde kaitan langsung dengan tajuk ni, kenapakah penceramah yang genius berpangkat Doktor masih tidak mampu menarik minat audien untuk terus fokus kepada apa yang dibincangkan.
*Please Allah, jadikan kami mahir dalam bidang yang kami ceburi then aplikasikan apa yang dipelajari. =)
Well, lantak kat dia lah dia punya pasal. -_-"
Point penting teman dapat dalam ceramah ni. (better teman point list kan aje la ape yang patut ye tak, uols bukan nak baca sangat pun panjang-panjang merapu meraban ape yang iols taip ni, ye dak? peace~)
* 90% yang membunuh diri mempunyai masalah penyakit psikiatrik semasa mereka masih hidup. dah mati konpem takde sakit mental, ye dok? heh~
*Ada pelbagai simptom yang dapat kita (tak sakit mental) dapat perasan dekat orang yang nak bunuh diri sendiri, contohnya mengalami kemurungan, atau menyendiri dll.
*3 jenis suicide yang akan muncul kat orang yang nak bunuh diri; suicide ideation, suicide plan and suicide attempt.
* Orang yang mempunyai anxiety ( ketakutan melampau) kepada sesuatu benda atau keadaan juga berpotensi membunuh diri. macam teman, geli giler kat lintah, so if ada makhluk Allah nak bagi lintah kat teman, konfem teman suicide idea tu muncul dalam otak teman.bajet macam, "wei, daripada korang bagi aku lintah, baik korang bunuh aku la!!!".. oke emo jap.. pffhhhhhh~
Kalau uols rasa kepala kotak uols asyik dok fikir tentang nak bunuh diri, bagitau teman, call 911.. tak pun uols try tips ni..
# Hindari perkara yang membuatkan uols fikir nak bunuh diri macam duduk dalam bilik sorang-sorang, berdiri di tempat yang tinggi yang takdok penghadang, pegang benda-benda yang tajam macam garpu kasim selamat dll.
# Luahkan apa yang terpendam. Cari makhluk Allah yang uols boleh percaya tak pun uols luahkan je dalam diary uols ataupun luahkan aje kepada makhluk Allah yang takde mulut (pokok, besi dll).. bukan ape, kekaadang kita luah kat manusia, kita nak feedback tapi bila feedback yang diberikan tidak membantu, uols konfem akan rasa bertambah nak bunuh diri, ye dok?? -_-"
# Bagitau kat pencipta uols yang uols ada masalah. Mengadu pada yang Esa.
“Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Doa itu
ibadat.” Kemudian Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah Ghafir: 60 yang
tafsirnya): “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya
Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina.”
(Hadith riwayat At-Tarmidzi)
If uols ada masalah yang uols nak kongsi, please share with others yang uols rasa diorang boleh membawa kebaikan kat uols. takpun, mesej je teman. iols open je uols. peace~ =)
p/s: Manusia pasti hidup dalam stress/tekanan, cuma bagaimana dia nak selesaikan je yang berlainan cara. Think before react! =)
Sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan