Hari ni aku nak kongsi ilmu dengan anda semua...Hari ni sebenarnya aku blajar 2 subjek tapi aku kongsi 1 subjek dah r ek..hehe.. hari ni aku blajar Pengajian Islam dengan Psikologi Sosial. Baca pon dah tau n boleh agak kan Pengajian Islam tu camne, Psikologi Sosial tu camne kan...ke tatau..???adeeesss~
Takpe, lain kali aku cerita tentang Psikologi Sosial eh..hehe..So harini aku nak cerita tentang Pengajian Islam aku, bab ni aku rasa syiok n penting.. yelah, semua bab penting kan...tapi ilmu yang baru aku tau ni nak jugak aku kongsi ngan kawan2 blogger aku..baru syiok...kan3...ehehe
Malam ni aku nak cerita tentang Jenayat atau Jenayah dalam syariah Islam. aku sangat tertarik dalam bab ni...yelah, dah akhir zaman lah katakan, makanya semakin banyaklah suruhan yang Allah suruh manusia ni bantah dan tak buat...kan... so aku nak ceritalah kat korang..kalau korang tatau,boleh la kita kongsi ilmu ni sama-sama, kalau ada yang lagi tinggi ilmunya, jom lah kongsi sekali ilmu korang kat sini, okey??hehe..baguss...~
Jenayat dalam Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hukum hudud, hukum qisas dan hukum ta'zir. Apa yang aku belajar, hukum hudud adalah bermaksud hukum yang telah ditentukan n dah tertera dalam al-Quran kalamullah... ini bererti siksaan yang telah ditetapkan dan wajib dilaksanakan sebagai hak-hak Allah s.w.t. Dalam klas tadi, ada classmate tanya, adakah kita sebagai warganegara Malaysia berdosa sebab Malaysia kan tak melaksanakan hukum hudud..? Ustaz kata, kita tak berdosa sebab kita tak menolak hukum ni cumanya kerajaan yang tak lakukan, kecuali lah kita tentang hukum ni makanya kita berdosa sebab kita menentang perintah Allah s.w.t dalam al-Quran kan.. nauzubillah~ Dalam hukum hudud ni contoh nyata kita dah tau ialah hukum kepada pencuri akan dikenakan hukuman potong tangan, peminum arak dikenakan 40x sebatan, penzina yang belum berkahwin dikenakan 100x sebatan manakala penzina yang sudah dan pernah berkahwin dikenakan rejam sampai mati, qazaf (penuduh yang menuduh kawannya yang baik melakukan zina) pula dikenakan 100x sebatan (macam penzina yang belum berkahwin), memberontak, menyamun dan murtad.
Hukum qisas pula bermaksud hukuman yang dikenakan kepada umat Islam iaitu mengenakan hukuman sama dengan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah tersebut. Sebagai contoh, orang yang menbunuh dengan sengaja dan berniat hukumnya bunuh dia balik (kira hutang nyawa dibayar dengan nyawa, hutang darah dibayar darah..gituw..) boleh paham? dalam hal ni, ada ustaz tanya kat kami; '' Kalau seorang bapa atau ibu membunuh anaknya, adakah dia perlu dikenakan qisas? ''...wah,dengan jahilnya aku n the geng yang turut sama jahil ni kata kena gak qisas kat pembunuh tu... so, ustaz pon senyum je n bagi jawapan; '' Seorang bapa atau ibu yang membunuh anaknya tak perlu dikenakan qisas ''.... Mesti korang pikir kenapa kan..?? Ustaz kata, anak tu milik mak ayah makanya dia berhak...
Macam cerita pada zaman Rasulullah s.a.w., ada sahabat rasulullah ni mengadu kepada baginda, kata bapak dia mencuri duit dia. Makanya baginda pon suruh la si anak ni panggil bapak dia kemari. Rasulullah s.a.w tanya kat bapak si anak tadi, kenapa curi duit anak dia kan? Bapak ni pon cerita lah, katanya dia ni jaga si anak ni dari kecik, bagi anak dia makan minum pakaian, semualah cukup kan, bila si anak ni dah besar, si anak ni tak bagi bapak ni makan minum... Bapak ni lapar, makanya dia pon p la curik duit anak dia... Dah Rasulullah s.a.w dengar cerita tu, baginda pon kata si bapak ni berhak ke atas harta si anak ni sebab anak ni hak si bapak kan... So, tayah la nak riak ke, 'agas' ke, takbur ke depan mak bapak kita.. Fikirlah, dulu sape lah yang basuh punggung kita masa kita tatau pape kan? Sape yang bagi kita kenyang sedangkan masa tu kita tatau langsung nilai ringgit atau rupiah atau dollar america ni kan... Malu lah weeiiiiii..~
Kembali kepada hukum jenayat dalam syariah, iaitu ta'zir. Ta'zir ini bermaksud sebarang maksiat atau kesalahan yang tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas yang tak cukup bukti untuk dikenakan hukumannya. Hukumannya kepada penjenayah tersebut adalah memalukan individu tersebut dkhalayak ramai.
(Terima kasih kepada Ustaz Halim) ^_^
Sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan