Rabu, 14 Julai 2010

Dalam Sabar Ada Kegelisahan Tersembunyi

Tadi pagi presiden kolej ada bagi taklimat untuk mengambilan baru pelajar kolej aku praktikal dalam sekolah di daerah Bachok. Kira ni 1st time lah kolej aku buat praktikal kat sekolah untuk Jabatan Psikologi kolej ni. Makanya macam-macam nasihat dan tanggungjawab la yang pihak kolej bagi. Yalah, mestilah pihak kolej nak kolej diorang ni mendapat nama yang baik tak kira dimana sahaja sebab ia memberikan impak yang besar kepada bisnes kolej swasta ni...kan....

Dalam masa aku syiok mendengar taklimat tuan presiden kolej, dia ada lah cakap kami sebagai pelajar yang bakal amik praktikal ni mesti kena jaga attitude diri, jaga imej diri dan kolej, sentiasa ringan tulang kat tempat yang kami praktikal tu, bagi komitmen dalam kerja kami dan yang paling penting kerahsiaan. Untuk pengetahuan anda sekalian, dalam bidang psikologi terutama bidang kaunseling, etika kerahsiaan amatlah penting bagi kami. Kalau kami tak pegang kepada etika ni, boleh jadi kena saman or kena buang kerja kot..huhu.. Yalah, secara logik pon kira tak bagus n memang tak bagus pon p jaja cerita klien kepada orang awam tanpa tapisan dan sebagainya. Tapi sekiranya kami guna masalah klien tanpa memberitahu namanya kepada orang awam untuk dijadikan pengajaran, hal ini takpe...sebabnya ianya boleh mengajar kita supaya tak melakukan perkara yang kurang enak itu.

Setelah seronok mendengar tuan presiden berbicara, tiba-tiba naib presiden lak menyampuk..hehe..time ni agak mendatangkan impak jugaklah kepada aku. Ada dia cakap, " IF WE NO PLAN, WE PLAN TO FAIL"... ughhh... betullah... memang ini adalah jalan yang terbaik sebelum menjalani praktikal...!!!

Makanya sekarang, baruku sedar aku ni langsung takde plan apa yang perlu aku lakukan dalam masa 3 bulan tu.. Masya-Allah... Thank God encik tu ingatkan kami semua...hehe.. So sekarang aku dah kena mula bina plan untuk praktikal aku yang akan datang. Even ianya adalah satu plan yang kaku (yalah, mana pernah aku praktikkan lagi semua apa yang aku pelajari sekarang duh..~) tapi aku sedaya upaya berusaha supaya kenangan praktikal adalah kenangan yang terbaik yang pernah aku lakukan di permulaan alam dewasa aku ni..ewaahhh...hehe (bajet dah tua kunun..hahaha)

Jadi Cik Hami, berusahalah..!! Lakukan yang TERBAIK..!! Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar, semuanya dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tenang.

Insyaallah, kalau aku ada plan yang dah siap, aku akan record dalam ni... tapi yang sulit sorry lah beb, sayer kene diam-diam jew...hehehek... So, kalau korang pernah tengok atau pernah mengalami apa-apa program dari mana-mana pihak yang berunsurkan motivasi ataupon psikologi, yang korang fikir mantap n meyeronokkan, apa kata korang kongsi idea tu ngan aku.. Insyaallah aku akan serap idea korang.. n aku tau korang semua THE BEST..!!~ ehehe




Sekian..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan